Artis / Selebriti
” Mengadu dekat anak pulak dah. Sembang kencang betul, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Red Mengadu Keadaan Huru Hara Menjaga Anak-Anak Kepada Anak Sulungnya, Aziera Buat Ramai Terhibur. Dato’ Red Punya Sembang Tu, Bukan Main Lagi. Kerja Rumah Yang Dia Tak Buat Pun, Semua Dia Claim Buat. Sembang Kencang Betul Lah, Haha !!
Huru hara keadaan Dato’ Red semalam apabila perlu bertugas menjaga semua anak-anak di rumah semasa ketiadaan Adira. Sepanjang hari tersebut, banyak video live Dato’ Red bersama anak-anak yang membuatkan warganet terhibur dengan gelagat Dato’ Red mengawal anak-anak.
Meninjau entry di akaun Tiktok Putehhx, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live Dato’ Red bersama anak sulungnya, Aziera. Mungkin ada yang belum mengetahui Aziera ini adalah anak hasil perkahwinan pertama Dato’ Red bersama mantan isteri pertamanya, Rohana.
Dato’ Red memulakan perbualan dengan bertanyakan aktiviti Aziera ketika itu. Panjang juga perbualan antara anak dan ayah ini dan Dato’ Red mengambil kesempatan itu untuk mengadu tentang kejadian dia menjadi ‘maid‘ semalam. Kata Dato’ Red, bukan setakat menguruskan anak sendirian, kerja rumah pun semuanya Dato’ Red selesaikan.
Aziera hanya tergelak mendengar cerita papanya itu kerana dia sudah masak dengan perangai papa yang suka melawak. Dato’ Red turut mengatakan dia telah mop tangga sampai berkilat. Menyedari Adira sudah datang, terus Dato’ Red berhenti bersembang ‘kencang’ seperti itu.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx
@putehhhx
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira
Ribuan tanda suka telahpun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Best la abg Red… siang stress jaga anak mlm dpt dating.. bagus ami ni ngan ank2 tiri dia rapat.. ”
” Kelakarlah dorang ni haha.. tokred pndai complain dah kat ziera.. yg tokred jdi maid hrni.. sblm ni tngk ami huru Hara jga askar2 tu.. kli ni kena blk kat tokred.. ”
” Padan muka tok red, kena jaga anak anak. mana ada buat kerja rumah. ngada ngada tok red ni. haha.. sembang kencang betul.. ”
” Alolooo mengadu jaga adik kau haha.. komplain dah tok ketua kita haha.. dengar boleh, percaya jangan haha.. ”
” Mengadu dekat anak pulak dah haha.. cemerlang terbilang papa merah.. tangga pun lap… yall arr tok.. ”
” Baru tok trd tahu, huru hara dia hari ni haha.. kecoh la papa Baru sehari jaga dah stress. lawak lah tok red ni.. ada je idea dia nak sembang.. ”
” Kuat gebang betul papa ni.. baru sehari jadi bibik dah kurus ke haha.. over nau tok ted.. nasib baik ler huru hara je.. ”
Gelagat Dato’ Red mengadu kepada Aziera itu mencuit hati ramai. Itu baru sehari Dato’ Red, selepas ini bakal ada lagi hari-hari mendatang yang lebih mencabar jiwa dan emosi, hehe. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton video ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen