Artis / Selebriti
” Meminta Fattah ni, geram pulak aku dengar. Selamba dia je, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat spontan Fattah Amin mengipas Amira buat peminat terhibur. Amboi Abang Long, dah macam kipas pengantin je, rehearsal katanya. Bab balik beraya tu macam bagi hint je Bang Long, ehem ehem..
Gandingan Fattah Amin dan Amira Othman sebagai duta Jakel menghangatkan lagi kempen raya Jakel. Setiap kali sesi Meet and Greet Jakel di butik Jakel, pasti pasangan ini yang menjadi perhatian semua. Malah rakan-rakan duta yang lain juga tak habis-habis mengusik Fattah dan Amira.
Menerusi perkongsian terbaru Jakel di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah dan Amira membuat hebahan untuk sesi Meet and Greet Jakel Mall KL. Program ini akan berlangsung pada 21 Mac iaitu esok bermula jam 3 petang sehingga jam 5 petang.
Itu bakal menjadi penutup untuk kempen raya Fattah dan Amira kerana hari raya bakal menjelma. Gelagat Fattah yang gemar mengusik Amira membuatkan warganet yang menonton video ini terhibur. Bukan main lagi Fattah megipas Amira sehinggakan Amira pula tersipu malu.
Fattah turut bertanyakan destinasi raya Amira dan dijawab oleh Amira yang dirinya akan pulang beraya di Johor. Sekali lagi Fattah menyakat Amira tetapi ianya seakan seperti satu petunjuk baru yang ingin Fattah sampaikan kepada semua.
Jom tonton video di bawah :
@jakel.os Last Calling Meet & Greet Kite Bersama Semua Duta Duta Jakel Raya 2025.. So Siapa Yang Belum Beli Baju Raya Lagi..Korang Kena Serbu Jakel Mall Kuala Lumpur Pada 21 March (Jumaat) Dari Jam 3ptg – 5ptg Korang Berpeluang Nak Bergambar Dan Beramah Mesra Dengan Duta Duta Jakel Kita.. Raya Mendonia Bersama Jakel #JakelMendonia #JakelRayaMendonia #RayaMendoniaBersamaJakel #IngatRayaIngatJakel #BajuRaya2025 #SemarakRayaJakelMendonia
Sehingga kini, lebih 3000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” A ah kann… rehearsal ‘teman sekerja’…. dah upgrade dari kwn ke teman dah… faham-faham.. bang long ingat senang nak gula gulakan kita macam tu je.. “
” Meminta Fattah Amin ni hahah.. Betul ke Johor, yakin yaaa.. ehhh geram pulak aku dengar.. rehearsal lah sangat ye bang long.. “
” Meminta betul eh ‘love biru’ dalam contact phone kak mira ni haha.. Raya last single ke tu?.. Moga berjodohan berdua, nk tgk dua2 dlm 1 frame lg.. “
” EHH ya Allah kenapa pulak aku yang senyum mcm kerang busukkkk n?!??? haha. Go get married already plssssss kak long and bang longg.. “
” Ooo mcmtu ekk, abglong niiii memintaaa betoll.. Rehearsal naik pelamin ke tu bang long hahah.. Aneh aneh yang kami terima.. cepat lah kawen.. “
” Hahaah fattah ckap mcm tu ng amira pn aku rse mcm sweet dh dorg ni.. penat la asyik nak senyum je tgk dorg ni.. “
” Yang aneh aneh je abang long ni.. amboi hari tu malu-malu.. sekarang sakan eh.. ada je nak usik kak long tu.. “
” Selambe dia je, ooo rehearsal haha.. kuat menyakat abang long ni.. jangan aneh aneh korang.. adeh apasal aku duk senggeh sorang-sorang.. “
Bukan main lagi Fattah mengusik Amira ye bab balik beraya tu. Entah-entah Fattah yang ikut balik beraya ke Johor. mana lah tahu Fattah nak berkenal-kenalan dengan family sebelah Amira pula, tak gitu Bang Long. Apa-apa pun, semoga Fattah dan Amira sentiasa dimurahkan rezeki dan ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jakel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan