Connect with us

Artis / Selebriti

” Meminta erk si Ipan ni, tak behave. Kak Ya dah bagi isyarat tangan tu, habislah Ipan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin berduet bersama Irfan Haris menyanyi lagu Wanita Terakhir di majlis rumah terbuka Fattah. Wah sempat Abang Long jeling-jeling kat Kak Long ye. Part masa Irfan menyakat Fattah dan Amira tu bersorak semua. Blushing teruk Amira dibuatnya, hehe..

Semalam telah berlangsungnya majlis open house Fattah Amin dan ianya berjalan dengan lancar. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara, rakan taulan dan peminat bertuah. Tetamu VVIP untuk majlis Fattah ini tidak lain tidak bukan, Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris.

Banyak persembahan yang dipersembahkan semalam dan Irfan juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan semua dengan suara merdunya itu. Irfan berbesar hati untuk menyanyi secara live. Selain menyanyi solo, Irfan turut meminta untuk berduet bersama Fattah.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz dan Secret Girl, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan duet Irfan dan Fattah mendendangkan lagu Wanita Terakhir. Ianya impian Irfan untuk berduet bersama aktor kesukaannya ini seperti yang sering diberitahu ketika live dan akhirnya impian Irfan tercapai.

Diiringi petikan piano, suara Irfan dan Fattah membuai semua yang mendengarnya. Irfan tidak melepaskan peluang untuk mengusik Fattah dan Amira. Malu-malu Fattah dan Amira apabila diusik secara terbuka begini. Bak komen wartanet, Irfan selaku ketua netizen memang ‘function teruk’ kali ini.

Jom tonton video di bawah :

@imani_imtiyaz

Finally selps 8 tahun kakak dpt dengar Fattah nyanyi lagu nie 🥹🥹🥹 dan paling tharu dpt tgk dia nyanyi depan mata. tak sangka leh blinang airmata malam td🥹🥹🥹🥹🥹 Dia selalu kata suara dia tak sedap hakikatnya suara dia mnyanyi sgt2 sedap dengan tone suara dia yg tersendiri. lps nie dh boleh duet bersama ngan adik online kami 🤭🤭 #fattahamin #irfanharis #amiraothman #rayaopenhousefattahamin

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

@im_yourgirl06

#amiraothman #irfanharis #wanitaterakhir #fattahamin #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut #fyp #foryoupage #masukberanda #fattahamin #jodoh #trending #live

♬ original sound – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨ – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨

@imani_imtiyaz

Selepas 8 thn kakak dpt dengar balik Fattah nyanyi lagu nie 🥹🥹🥹 tak pasal2 sebak sgt td. mlm nie tetiba kakak hati tisu. credit igs atikahpi.#fattahamin #amiraothman #rayaopenhousefattahamin

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Seronok la budak “neyyyy” ni dpt duet dgn crush dia.. suara abg long dh byk improve la.. kak long warning siap kamu ipann dok dlm store lagi haha.. tak behave ni usik terbuka terus ipan bagi haha.. “

” Alhamdulillah ,akhirnya fattah nyanyi lagu wanita terakhir bersama irfan ,.bila nyanyi guna audio piano,feeling nya lain mcm.. “

” Neyyy.. Ketua netizen kesayangan kami.. akhirnya tercapai hajat ipan.. neyyy.. tak boleh tidur la ipan malam ni.. “

” Sungguh sempurna pandang amira … masa part last kau milikku pun pandang amira hehe.. auchh.. aku yang blushing ni.. “

” Tersipu sipu tengok reaksi kak long time ipan tunjuk2 kak long dgn fattah tuu hehe.. kalo tgok amira btul2 menghayati fattah menyanyi. suke dia tgok tu.. “

” Sempat lagi ipan usik abang long dan kak long dia haha.. Best sgt duet abg long & ipan.. suara dua dua best.. terbaik lah ipan.. “

” Alamak aku yang blushing.. Aduuuhhh cramp pipi kiter. Menyempat dia pandang2 belah sana. Malam ni tercapai hasrat irfannharis nak duet dgn Abg Long.. jangan balik nanti kena kurung dlm stor.. “

” Meminta erk si ipan ni.. tak behave.. kak ya dah bagi isyarat tangan tu.. abislah ipan haha.. suka menyakat kak long dengan abang long.. “

Irfan sememangnya suka menyakat Abang Long dan Kak Long. Ketika dalan live atau secara berdepan, itu lah perangai Irfan yang menceriakan semua orang. Habislah Irfan, agaknya semalam Irfan kena tidur dalam store gara-gara usikan nakalnya itu, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok im_yourgirl06

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak