Artis / Selebriti
” Memang sengal lah yang kaitkan lagi Ina dengan Mawi. Ina ni dari dulu jiwa kental.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim menjawab isu masih dikaitkan dengan Mawi dan Ekin curi perhatian warganet. Ini jawapan Ina, ringkas tapi padu. Mohon hadam lah yang belum move on tu..
Penglibatan Ina Naim dalam rancangan realiti TV, Talk To My Manager mendapat perhatian ramai. Ina yang bertindak sebagai manager kepada anak sulungnya, Hadie mendapat kecaman dan kritikan setelah selesai TTMM minggu kedua baru-baru ini gara-gara mencelah komen juri.
Untuk konsert minggu ketiga pula, nama Mawi mula dikaitkan dengan Ina dan Hadie apabila Hadie menyanyikan lagu Oh Fatimah. Seakan dejavu, Mawi juga pernah menyanyikan lagu ini di Akademi Fantasia suatu ketika dulu. Ramai juga yang mengatakan Hadie akan menjadi fenomena sama seperti Mawi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Oh Bulan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wawancara pihak wartawan bersama Ina. Soalan mengenai Mawi dan Ekin perkara pertama yang disoal dan Ina memberikan respon yang sangat positif.

Ina juga turut memohon maaf kerana kekhilafan yang dilakukannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan juri dan penonton. Tanggungjawab membimbing Hadie yang dulunya disempurnakan oleh arwah Suhaimi Saad, kini jatuh ke tangan Ina. Ina banyak belajar perkara baru dan mohon diberikan ruang untuk dirinya dan Hadie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah… bagus ina nie merendah diri dan mengaku salah.. Ina jgn selalu buat keputusan terburu buru harap tenang dulu baru buat keputusan.. “
” Betullah apa Yg dia ckp Tu.. bagi la ruang n peluang… muga dpermudahkan smpai kefinal.. insya Allah… dah tbe masenye utk dia n ank2 tuk brcmpur n dunia luar.. tenang relax.. “
” Sesetengah netizen yang masih tak move on.. sudah sudah lahg, masing masing dah kahwin pun.. Alhamdulillah terbaik Ina.. terus berjuang Ina, semoga ke pentas final Ina dan Hadie.. “
” Ina ni dari dulu Jiwa Kental. Sbb tu dia mampu bertahan. Org kecam dia dari putus tunang, berkahwin dgn arwah suhaimi, kena kecam anak home school, mcm2 dlm hidup dia kena kecam.. mmg boleh kata hebat la dia. Mmg kental la kental.. Jiwa dia kuat. Moga Ina selalu positif dan berjaya.. “
” Terbaikkk lah ina.. terus ke depan… nama pun manager hadie… memang lah kena banyak nak tau dan nak elak.. “
” Sokong camp Hadie n Ina Naim.. Mmg sokong Ina Naim dr dia muda lagi.. Dia mengharungi dugaan nya dgn baik.. Dia dh lama move on.. cuma skrg harap sukses untuk Hadie dlm pertandingan n Ina Naim manager nya.. “
” Mantap ina.. Jodoh kan rahsia Allah.. da x ada jodoh tetap kawan betul x.. very positive ina ni.. Diorg ok je,ina dah move on lm dah.. “
” Mmg sengal lah Netizen yg nak kait2 kan lagi Ina dgn Mawi … benda dh lepas Ina n Mawi Pon hidup tenang dgn pasangan masing2.. Amende laaaa netizen ni.. Mawi ikin bagai haha.. anak dah beso2… Dh ada lg pengganti…. Xyah layan laaaa inaaaa.. “
” Netizen ni nak ungkit cerita lama buat apa?masing2 dh ada life sendiri. semua dah Move on pun.. kdg2 bila buka cerita lama ni tak pasal2 org tu suami isteri tak ada masalah, jadi bergaduh pula sbb trigger dgn cerita lama.. “
Perkara yang sudah lama tutup buku dan tidak perlu rasanya diungkit kisah lama Ina dan Mawi. Takdir mereka bahagia dengan pasangan masing-masing. Terbaik jawapan Ina dan semoga Ina dapat menggalas tanggungjawab untuk memimpin Hadie menjadi artis yang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohbulan, Tiktok Ohbulan, IG Ekin Mawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


