Artis / Selebriti
” Memang nampak berbeza, semalam dia live macam menahan sakit.. ” – Rissaskin
Video Fattah Amin yang masih buat sesi live bersama Bell Ngasri walaupun dalam keadaan sakit raih perhatian ramai. Kesiannya Fattah, nampak macam sakit sangat tu. Sempat lagi Bell melawak dengan Fattah, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Rissaskin, perkongsian sebuah video yang memaparkan penjelasan daripada Rissa Skin mengenai Fattah Amin telah meraih perhatian ramai. Fattah sememangnya sudah berjanji untuk membuat sesi live pada malam semalam iaitu pada jam 9 malam.
Namun sesuatu telah berlaku, Fattah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya. Fattah mengalami sakit di bahagian belakang badannya. Disebabkan hal ini, PA Fattah memaklumkan kepada pihak Rissa Skin yang Fattah tidak boleh menyertai sesi live yang dijanjikan.
Tetapi sebaliknya yang berlaku kerana Fattah tetap ingin menunaikan janjinya walaupun masih tidak begitu sihat. Fattah tetap membuat sesi live bersama Bell Ngasri kerana tidak mahu menghampakan ramai yang menunggunya. Fattah tetap memikirkan komitmennya walaupun dalam keadaan sakit.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selain itu, turut dikongsikan video Fattah bersama Bell. Dapat dilihat Fattah sering mengurut di bahagian belakang badannya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Itulah Fattah Amin kalau korang nak kenal. Bab kerja dia akan bagi 100% komitmen dan focus walaupun dlm keadaan tak berapa sihat. Insyallah next live kita akan update balik 🙏🏻 #rissaskin #rissaskinxfattahamin
@rissaskin_hq Replying to @bungamawar Itulah Fattah Amin kalau semua nak kenal. Dia tolak semua sakit, arahan doktor pun dia tak dengar sanggup datang live walaupun dlm keadaan sakit. Sebab tu live delay semalam dan kami yg minta dia end awal sbb kesian tengok keadaan dia yg kurang sihat. Insyallah kita tunda next live akan di bagitahu.
Di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Fattah segera sembuh. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Fattah memang kerja kuat. Dia tak hirau kan kesihatan dia. mcne nk buat dh perangai dia mcm tu.. semoga di permudahkan urusan fatah.dan cepat sembuh amin.. “
” Sakit otot tu, angkat barang berat2 masa tik agih bantuan banjir.. betul nampak mlm td fattah tak sihat moga fattah cepat sembuh aamin.. “
” Semoga cpt sembuh ..fatah Kalo la diaorg ni x bercerai pasti fazura akan jaga Fatah kan… sian Fatah keje bertungkus lumus sampai x cukup rihat.. “
” Semoga Fattah sihat selalu ..Fattah berilah masa untuk diri sendiria.. brrehatlah seketika Semoga Allah permudahkan segala urusaan fattah d dunia dan d akhirat.. “
” Bukti dia seorg yg rajin, btw sebelum ni beli coffe fattah sbb nk support fattah, tapi da minum. nmpknya kene beli sll la, sbb sedap, semua fmily cakap mukak sis makin cerah sekata .. “
” Gandingan fattah & bell ni menjadi betul lah… gelakkkkk je. Bagus founder rissa bagi peluang fattah rehat.. Sian Fattah.. demi rezeki sakit pun…. bangun jugak.. “
” Kdg sakit blkg tengkuk tu bkn Sb saraf ke ape. tp Sb gangguan.. dah kena gi klinik xjd telan ubat. gi kt ustaz Rukyah. terus ok.. “
Bukan senang untuk mendapat seorang pekerja seperti Fattah yang tetap bekerja walaupun sedang sakit. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fattah Amin cepat sembuh daripada sakitnya dan dapat kembali bekerja seperti biasa. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rissaskin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

