Artis / Selebriti
” Memang cantik sangat hasil tangan Dato’ Alha, betul-betul naik seri pengantin.. ” – Netizen
Dato’ Alha Alfa Kongsi Video Close-Up Ketika Makeup Raysha Rizrose Pada Hari Perkahwinannya Raih Perhatian Warganet. Sebelum Makeup Pun Dah Cantik, Selepas Makeup Lagi Lah Bertambah Cantik. Macam Ala-Ala Permaisuri Gitu !!
Ramai yang mengetahui yang pelakon cantik, Raysha Rizrose telah selamat mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Nabil Jeffri yang merupakan seorang pelumba kereta Formula 3 (F3) dan usahawan.
Meninjau di akaun Instagram, jurusolek dan usahawan kosmetik, Dato’ Alha Alfa telah memuatnaik video yang memaparkan dirinya sedang menyolek Raysha pada hari bahagianya. Tulis Dato’ Alha, bukan sahaja wajah Raysha, malah Dato’ Alha juga pernah menyolek kakak-kakak Raysha iaitu Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose pada hari perkahwinan mereka sebelum ini.
Video yang dikongsikan ini memaparkan fokus yang lebih dekat bagaimana cara Dato’ Alha mencantikkan wajah Raysha dengan teknik solekkannya yang tersendiri daripada wajah Raysha tanpa sebarang solekan sehingga wajah Raysha ‘ naik seri ‘ .
Perkongsian video oleh Dato’ Alha itu telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Cantiknya solekan daripada Dato’ Alha.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji hasil solekanΒ Dato’ Alha dan kecantikan Raysha. Antara komen-komen menarik adalah :
” Memang cantik sangat hasil tangan Dato’ Alha, betul-betul naik seri pengantin.. Raysha ni muka dia betul2 unik.. “
” Sekilas pandang mcm Bunga Citra.. Superbbbb lawaa makeup by Alha. Tengok video makeup Alha semua tak pernah mengecewakan.. “
” So cantik, best betul kalau dapat laki macam Alha.. Hari2 boleh mintak laki mekapkn sblm pi keje, hehe.. “
” Suka muka dia, unik mix and match tak reti nk ckp.. Perfect sngt.. Classic pun ada.. Suka hasil tangan Dato’ Alha.. “
” Mmg cantik sgt mekap ni.. Betul2 naik seri pengantin.. Masa tengok video, terus terpegun tengok tau, hehe.. “
” Naik seri dia, alahai cantik sangat2 tau. Ni lah yang diimpikan seorang wanita di hari sanding wajahnya naik seri.. “
” Ala ala model kacukan siam.. Lawa sgt la Raysha ni.. Love la.. Dia simple mcm permaisuri2, sukanyaaa tengok.. “
Memang naik seri pengantin dengan hasil solekan oleh Dato’ Alha. Raysha pun dah memang cantik manis, apabila disolek lagi lah nampak menawan, sekali pandang macam tuan puteri. Apa-apa pun semoga perkahwinan yang dibina Raysha bersama pasangannya akan kekal bahagia sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alhaalfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen