Artis / Selebriti
” Memang aku balik nanti pakai b0xer.. ” – Faizal Tahir
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Memenuhi Permintaan Peminat Untuk Naik Ke Pentas Dan Menyanyi Bersama Faizal Tahir Ketika Konsert Aku Faizal Tahir. Alahai Sporting Betul Tokti Ni. Cuak Juga Faizal Takut Kena Bayar Tokti Nyanyi. Tanpa Rehearsal Pun Tetap Power Suara !!
Semalam 2 September telah berlangsungnya konsert Aku Faizal Tahir bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur. Faizal sudah terkenal dengan mutu vokalnya yang padu dan suara yang merdu. Selain peminat, konsert ini juga dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Meninjau akaun Instagram Majalah Remaja dan Era FM, telah dikongsikan video ketika penonton meminta untuk DS Siti naik ke pentas bagi berduet bersama Faizal. DS Siti yang hadir ditemani oleh suaminya, Dato’ Seri Khalid Jiwa tidak menghampakan penonton.
Cukup sporting, DS Siti bersetuju dan terus naik ke pentas untuk berpadu suara sehingga Faizal berseloroh r1sau perlu membayar kepada DS Siti. Dua penyanyi hebat ini mendendangkan lagu Dirgahayu dan kata DS Siti ketika mula naik ke pentas, dia tidak hafal liriknya dan perlu menyanyi sambil melihat lirik.

Faizal mengiyakan kenyataan oleh DS Siti ini dan kata Faizal dia sendiri lupa liriknya. Walaupun lagu ini tiada dalam list lagu untuk konsert ini, tetapi DS Siti dan Faizal menyanyikannya dengan cukup baik dan menerima tepukan gemuruh daripada semua di dewan.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Rata-ratanya memuji sifat DS Siti dan nyanyiannya bersama Faizal yang lunak merdu itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Perghhhh dua2 mmg power xtau nk habaq apa.. Allah bg spesel talent kt dua-dua ni.. Yg musician semua statik je pandang dato ct. tak toleh langsung wpun sesaat hehe.. ”
” Meremang dgr.. setiap kali dengar lagu ni mst meremang.. walaupun ft sndr salah lirik… tp tetap padu persembahan ft n dato ct.. ”
” Nama pun pro, superb.. Siti nurhaliza kalau buka suara mesti meremang2 bulu roma.. dua-dua saya minat.. sebab tu lah tokti kekal penyanyi no 1.. sporting g1la.. ”
” Tokti ni campak laa lagu apa punn tetap onzz.. Semoga murah rezeki tok ti bagi free show.. Sporting tokti ni.. hebat dua-dua.. love it.. ”
” Very professional siti.. Perhhh padu, dua-dua superb.. saya tahu sebab kena bayar mahal kalau jemput CTDK ni tu yg faizal tahir cakap pakai boxer balik nanti hehe.. ”
” Respect lah dengan dia orang berdua ni.. terbaiklah walaupun lagu tak ada dalam list, performance tetap onzz.. ”
” Sukanya dengan tokti ni, dia tak kedekut bagi free sh0w lagi demi peminat. Ni memang betul-betul profesional punya penyanyi.. ”
Kalau sudah namanya penyanyi profesional, bagi lah lagu apa lagu pun tetap sedap bunyinya. Itu lah salah satu keistimewaan DS Siti, tetap berikan persembahan terbaik untuk semua. Yang pasti, semua yang hadir di konsert ini puas hati dan beruntung kerana dapat mendengar nyanyian extra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

