Connect with us

Artis / Selebriti

” Meleleh dah air mata, sedih sangat dengar. Doa ibu segalanya.. ” – Komen Netizen

Video seorang pemanggil Hot FM bercerita mengenai anaknya yang sakit buat ramai menangis. Part anaknya kata akan tinggalkan mama paling sedih. Tapi doa seorang tiada hijabnya. Menangis Fara Fauzana dengar perkongsian pemanggil ini.. 

Pelbagai isu dibincangkan oleh team Bekpes Hot setiap kali mereka ke udara. Topiknya yang menjurus kepada kehidupan membuatkan ramai yang suka mendengar perkongsian cerita daripada pemanggil-pemanggil yang sanggup berkongsi pengalaman dan kisah realiti mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di konti ketika seorang pemanggil menceritakan tentang kisah hidupnya. Tajuk yang dikupas pada pagi ini adalah mengenai ‘ Doa ibu tiada hijabnya ‘.

Kata pemanggil ini, dia merupakan seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang menghidap masalah jantung. Kira-kira sebulan yang lalu, anaknya menjalani pembedahan untuk memasang injab haiwan. Doktor memaklumkan pembedahan itu akan mengambil masa yang agak panjang.

Lebih menyedihkan anak pemanggil ini berulang kali memberitahu dia akan meninggalkan keluarga kerana sakitnya itu. Namun kuasa Allah, berkat doa seorang ibu, pembedahan itu berjaya dilakukan dalam masa 87 minit sahaja. Kuatnya seorang ibu demi anak tercinta.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Doa ibu tiada hijabnya. Mohon buat sesiapa ada ibu masih hidup, jagalah depa baik2, sayangi depa, minta dia selalu doakan kita apa pun. Saya cuma dapat merasai ada ibu selama 13 tahun je. Hilang ibu, hilanglah 1 keberkatan di sisi Allah iaitu doa seorang ibu.. “

” Sesungguhnya doa ibu tu tiada hijab kan.. Saya sebagai ibu kepada 5 anak, selagi Allah pinjamkan nyawa ni, doa tak putus buat anak.. “

” Dgn aku skali dln keta otw keja bejuraiii.. Hargailahhhh selagi ada.. Doa yang mustajb doanya adalah doa seorang ibuu.. Aaaa sedihhh.. Sedihhhhh tersedu sedan. anak saya tanya kenapa mama nangis. Terus peluk anak.. “

” Doa ibu tiada hijab.. sedihnya dengar.. Semoga diberikan kesembuhan. Dipermudhkan segala urusan. Acik tak kuat dik dengar ibu awk cerita.. “

” Doa seorang ibu tiada hijab. Jika seorang ibu doalah yg sebaik2nya utk anak2. Jika masih mempunyai ibu hargailah mereka selagi hayatnya masih ada. Hilang ibu ibarat hilang separuh nyawa.. “

” Alaa tengah keja nih.. Terima kasih mengingatkan saya sebagai seorang ibu utk terus mendoakan anak2 sehingga akhir nyawa saya.. “

” Menangis saya dengar kisah kakak ni. bab ank mmg nangis. xkira ank org pon rsa mcm ank kita. semoga ibu2 n bapa luar sana terus kuat dlm hadapi dugaan Allah. takde yg sia2.. “

” Pagini hot fm sedih sangat.. berjurai air mata sama dgn cuaca hujan pagini.. Meleleh dah air mata.. doa ibu segalanya.. the power of doa.. “

Menangis sama Fara dan penerbit pagi ini gara-gara cerita perkongsian pemanggil tersebut. Kisah yang memberi banyak pengajaran kepada semua untuk selalu mengingati dan menghargai ibu kerana doa seorang ibu tiada tolak bandingnya. Doa paling mustajab yang akan diangkat oleh Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT