Artis / Selebriti
” Matang percakapan dan pemikiran dia. Baru 17 tahun tapi fikiran tak sepadan dengan umur.. ” – Komen Netizen
Video sedutan temubual Ammar Ahyan dalam Bukak Mulut Podcast raih pujian ramai. Matangnya pemikiran Ammar. Baru 17 tahun tapi dah matang macam ni. Dah macam cara ahli politik bercakap, salute lah Ammar..
Lahir dalam keluarga yang kaya raya bukan lah tiket untuk anak sulung kepada Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan untuk bersenang lenang. Ramai yang mengatakan Ammar lahir dalam dulang emas dan kekayaan yang dimiliki oleh Dato’ Aliff cukup untuk menyara Ammar dan adik-adiknya tanpa perlu mereka bekerja.
Namun Ammar bukan lah anak muda yang berfikiran sebegitu dan Ammar lain daripada yang lain. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ammar hadir sebagai tetamu dalam podcast Bukak Mulut.
Ammar diajukan soalan mengenai kepentingan pelajaran dalam kehidupan dan Ammar bersetuju ianya sangat penting. Jelas Ammar, dunia semakin maju dan banyak pekerjaan yang bakal digantikan dengan teknologi. Jika itu terjadi, bakal ramai yang akan kehilangan kerja.

Ammar juga membidas kenyataan daripada kebanyakan warganet yang mengatakan dia tidak perlu susah-susah belajar kerana sudah ada legasi ayahnya yang boleh diwarisi. Jawapan Ammar membuktikan dirinya sangat matang walaupun usianya baru 17 tahun.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Buat benda senang seperti belajar ni pun tak boleh buat, mcmana nak buat benda yg lebih susah sprti handle syarikat.. fuh salute lah Ammar.. “
” Ni gen z sptt jdkan icon.. bkn influencer yg bg tagline ‘tak belajar tinggi pn blh jd jutawan’.. ilmu yg membezakan adab dan kematangan seseorang.. “
” Fuh matang percakapan dan pemikiran dia.. he is just 17 years old. Highly respect kat budak ni.. Dia xde talent bercakap mcm Ces tp his words was brilliant.. jauh pemikiran dia. I antara ibu yg worried dgn kewujudan AI.. “
” Dia bukan mentaliti makan gaji, dia mentaliti leader & boss sebab tu cara dia dibesarkan. Sebab itu dia awal2 dah nampak dia perlukan beberapa skill untuk dikuasai. Very good Amar ahyan.. “
” Masyaallah hebat amar, umur mcmni dah fikir jauh n fikir pasal sara keluarga.biasa byk yg dgr merungut2 je nak kene share byr dgn isteri lah,isteri kena tlg kerja lah,but ammar fikir sara satu family lagi.. “
” Baru 17 thn tp fikiran tak sepadan dgn umur, sedangkan ank² sebaya awak masih fikir nk cantikkan motor.. “
” Bagus didikan ibu bapanya. Tahniah. Anak ini pasti berjaya. Sangat tenang, matang. Boleh lihat dari tutur katanya. Barakallahu fiik.. “
Kagum warganet dengan pemikiran dan jawapan yang Ammar berikan dalam podcast ini. Jauh ke hadapan dan Ammar ada hala tuju hidupnya yang telah pun dia tanamkan dalam dirinya. Semoga Ammar terus menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa dan abang yang bertanggungjawab kepada adik-adik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot Fm, Tiktok Ammar Ahyan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

