Artis / Selebriti
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
Video Watie Hanifiah menerima kejutan hadiah hari lahir daripada anak lelaki Shuib Sepahtu, Matin buat ramai tersentuh. Betul-betul tak sangka hadiah yang Matin bagi pada Mummy tu. Sebak baca perkongsian kata-kata Matin pada Mummy sampai Mummy pun terharu sangat-sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, telah dikongsikan video yang memaparkan Watie menerima kejutan daripada anak lelaki Shuib iaitu Matin. Menerusi video itu, kelihatan Watie sedang berada di dapur dan Matin datang membawa sejambak bunga bersama kakaknya, Talita.
Selepas itu, Matin terus memeluk dan mencium Watie. Watie kelihatan begitu gembira sekali. Tulis Watie di ruangan kapsyen, jambangan bunga itu sebenarnya hadiah daripada Shuib. Namun begitu, Matin memintanya untuk melihat apa yang ada di sebalik bunga-bunga tersebut.
Tulis Watie lagi, Matin telah meletakkan sekeping duit bernilai RM100. Duit tersebut sebenarnya adalah duit gaji Matin. Kata Matin, dia mahu menghadiahkan duit itu kepada Watie. Tulis Watie lagi, apa yang membuatkan dirinya sebak dan terharu adalah apabila Matin berkata dirinya lebih bernilai jika dibandingkan duit RM100 itu.

Perkongsian video ini telah membuat ramai di kalangan warganet rasa tersentuh. Kata mereka, kasih sayang Matin terhadap Watie itu telah membuktikan Watie adalah seorang ibu yang sangat baik dan tulus menyayangi anak-anak tirinya. Sehingga kini, posting terbaru Watie itu menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa tersentuh mereka dan dalam masa yang sama mereka sangat menyukai perkongsian video oleh Watie ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. Semoga Watie dan keluarga sentiasa bahagia bersama.. “
” Matin sgt menghargai keberadaan Mommy Watie dlm hidupnya. Yg ikhlas menyayanginya. Susuk Ibu yg diinginkan Matin ada pd Mommy Watie. Alhamdulillah.. “
” Sebaknya. Terima kasih mummy melengkapkan kekosongan hati anak anak yang perlukan kasih sayang seorang ibu. Matin buat acik menangis lah sayang.. “
” Sedihnya tgk.. Kecik dah takde ibu dan digantikan dgn yg baik juga.. Terima kasih watie, menjadi anak-anak arwah Siti Sarah dengan baik.. “
” So sweet and thoughtful of Mateen. Anak yang sangat2 baik. Beruntung Shuib, Watie dan Arwah Siti Sarah. Semoga membesar menjadi anak yg soleh yg menenangkan dan disenangi semua.. “
” Ya Allah meleleh airmata aku… Dia memang manja betul dengan mummy dia, sayang sangat lah tu.. Membesar berjaya dunia dan akhirat Matin.. “
” Tq Watie sbb jaga amanah Allah setelah mereka kehilangan ibu. Mereka anak2 yang sangat manja dengan arwah ibu Siti Sarah.. “
Kasih sayang Matin terhadap Watie membuatkan ramai yang sebak. Walaupun hanya bergelar seorang ibu tiri, jelas kelihtan yang Watie begitu menyayangi anak-anak arwah Siti Sarah dan kasih sayang yang dicurahkannya kepada anak-anak tirinya tiada bezanya seperti ibu kandung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

