Viral
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
Abang arwah Muhammad Adib Hazim (UPSI) kongsi video presentation Adib bercakap dalam bahasa Arab raih perhatian ramai. Sedap suara Adib, lemah lembut tutur katanya. Terserlah auranya sebagai bakal guru..
Sudah lebih 2 minggu sejak peristiwa bas terbalik di Gerik terjadi, namun sehingga ke hari ini masih ramai yang memperkatakan mengenai pemergian 15 insan terpilih yang terkorban dalam nahas tersebut. Salah seorang yang mencuri perhatian adalah arwah Muhammad Adib Hazim.
Ramai rakan-rakan sekampus dan yang pernah berkawan dengan Adib berkongsikan video dan gambar kenangan bersama Adib semasa hayatnya. Rata-ratanya memuji keperibadian Adib yang disifatkan sebagai seorang yang baik, penyayang dan berbudi bahasa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abematkite, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video presentation oleh Adib yang dipersembahkan dalam bahasa Arab. Ianya berkisar mengenai pengenalan mengenai diri Adib sendiri dan keluarganya.

Kata abang Adib, baru sekarang dia dan adik beradik yang lain dapat menonton video ini. Sebak dan rasa kerinduan seorang abang terhadap adik yang telah pergi. Tidak puas mendengar suara Adib dan sememangnya ramai di kalangan warganet yang ingin mendengar suara Adib.
Jom tonton video di bawah :
@abematkite 😭😭😭 kenapa sekarang baru long dengan yang lain baru tengok video ni
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 33 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baru dapat dengar suara arwah Adib. Manis dan sopan santun orangnya.. Allahuakbar suara yang cukup mendamaikan.. “
” Dik awak dh berjaya jd guru utk kami.. sejak kematian arwah dlm sehari sy usaha jg baca al mulk n surah yasin walau sesibuk mana.. kematian yg menghidupkan jiwa.. semoga syurga buat kalian semua.. amin.. “
” Baru dapat dengar suara arwah.. masyaAllah adib.. moga sifat dan tutur kata nada mu terkenan pada anak bujang akak.. comel je adib bercakap.. “
” Melalui video ni, personaliti dia ni mmg sesuai utk jadi seorang guru. Sayang nya kita dh hilang salah sorang permata negara. Tapi, dh Allah lebih sayangkan dia, tu yg dijemput dahulu. Al-Fatihah buat mu, Adib.. “
” Lembut suara arwah anak yg baik , syurga tempat mu nak.. tenang je muka arwah kalau kita tengok. Terima Kasih Abe Mat share video ni. Terubat sikit rindu kat Adib.. “
” Tenang je tgk muka anak Soleh ni apa tah lagi dengar sore dia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman beramal Soleh dan dilapangkan liang lahad seperti Taman Taman Syurga Aamiinn.. “
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. finally dapat dengar suara arwah Adib. betullah kawan awk kata awk sgt soft spoken. masyaAllah.. “
Suara Adib yang cukup tenang dan mendamaikan warganet yang mendengarnya. Tidak hanya lemah lembut tutur ayatnya dalam penulisan surat tetapi realitinya juga Adib seorang yang bersopan santuh dan berbudi bahasa. Semoga syurga tempat Adib di sana dan berbahagia di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abematkite, Tiktok Nik Izlan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

