Artis / Selebriti
” MasyaAllah hebat makhrajnya. Doa Iftitah pun masuk sekali dengan takbir raya, hehe.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal menggabungkan takbir raya dan doa Iftitah raih perhatian ramai. Alahai comelnya suara Bilal, sebutannya pun jelas sangat. Boleh pula Bilal combine takbir dan doa Iftitah tu, hehe..
Anak sulung kepada pasangan Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal telah pun berusia 3 tahun. Sejak dari bayi lagi, Bilal selalu didedahkan dengan bacaan ayat suci Al-quran dan ini membuatkan anak kecil ini sekarang sudah pandai mengaji. Sebelum ini warganet pernah mendengar Bilal membaca surah Alfatihah dan beberapa surah lazim.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nur NLFH, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Neelofa merakam secara diam-diam gelagat Bilal mengalunkan takbir raya. Comel sahaja suara Bilal dan sebutannya juga jelas dan tidak pelat.
Sedang asyik mendengar takbir raya, tiba-tiba bacaan Bilal bersambung menjadi doa Iftitah. Baru sekecil ini Bilal sudah menghafal doa Iftitah. Terang hati sungguh anak sulung Neelofa dan Haris ini. Sambil bergolek-golek di atas lantai, alunan takbir dan bacaan doa Iftitah tetap lancar di mulutnya.
Sejuk hati semua mendengar alunan suara Bilal itu. Anak soleh yang menyenangkan hati, tidak hanya kedua ibu bapanya tetapi semua orang juga. Warganet juga turut memuji cara Neelofa dan Haris mendidik anak mereka dengan ajaran agama. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Jom tonton video di bawah :
@seorangnur MasyAllah tuan Imam Muhammad Bilal ๐ฆ๐ป๐ฅฐ #neelofa #harisismail #bilal #barakallah
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Asbab sentiasa dgn the kaabah di tangan. budak kecil mmg mudah tangkap apa yg dia dengar.. bijak nya lah haiii.. sebutan seketoi-ketoi.. “
” Ya Allah suare dia, mak love betul suare Bilal tekan kan huruf ‘HHA’ tu .. Bilal .. jangan sampai auntie pun baca mcm nie nanti.. Mau ulang ulang baca.. “
” Kalau camni tok imamnya, kelam kabut semua bangun angkat takbir igt da start solat haha… Tadi tgh takbir tetiba kita solat.. “
” Dengar dia takbir raya pun dh sedap sebutan, ni kalau mengaji MASHAALLAH TABARAKALLAH.. Untung Awak Bilal. Membesar dengan didikan Ibu Bapak yang cukup pemahaman Agama.. “
” MasyaAllah hebat . makhrajnyaa top notchhh.. betul2 tekan bacaan dia tuu.. bijak bilal mix takbir raya dgn iftitah.. Jelas betul sebutan dia.. “
” Doa iftitah Msuk sekali haha.. pun boleh la bilal Oii … pndainya Bilal, cmpur skli tkbir raya dgn doa iftitah.. “
” Masya Allah Tabarakallah Alhamdulillah.. bijak dooh anak bertuah Bilal ni.. moga sentiasa dlm lindungan serta kasih sayang Allah swt dan menjadi anak penyejuk hati ibu ayahnya.. “
Kagum warganet dengan Bilal yang masih kecil tetapi sudah pandai takbir dan membaca doa Iftitah. Bacaan yang menenangkan hati walaupun bercampur kedua-duanya. Semoga Bilal menjadi anak yang soleh, selalu membanggakan ummi dan abah serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nur NLFH, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Papa dah menasihati, dah cakap baik-baik. Papa selalu berpesan pada mak Papa sendiri.. ” – Dato’ Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fuh comment direct, tak ada filter. Baru lah betul-betul kawan, review jujur.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cantiknya anak dara Ruhil. Yang anak teruna pun handsome. Muka mat saleh betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sekali kita pun menangis juga tengok mak dan ayah Siti menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lembut terus air muka Cik B bila pakai tudung. Terserlah keanggunan Cik B.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira Othman, sebelum kisah dia dikaitkan dengan Fattah Amin, kakak dah.. ” – Liza Abdullah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia punya ‘spill the tea’ sampai tumpah habis.ย Bertuah punya adik, memang tak boleh simpan rahsia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedap suara part lelaki tu, ingat Shah Indigo. Rupanya anaknya dah ikut jejak peti suara.. ” – Komen Netizen