Viral
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
Perkongsian bapa saudara arwah Zara Qairina luahan rasa sedih setelah pemergian Zara buat ramai tersentuh. Ditatang seperti anak sendiri, banyak kenangan yang mengusik hati. Part kata-kata ibu Zara ketika Zara sedang nazak di hospital paling sedih, menangis baca..
Jika seorang anak kehilangan ayah atau ibu, gelaran anak yatim akan diberikan kepada mereka. Namun untuk seorang ibu atau ayah yang kehilangan anak, tiada gelaran dan sakitnya itu lebih berganda. Itu lah yang dialami oleh ibu Zara, Noraidah Lamat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Libraboyyy2509, telah dikongsikan satu bingkisan rasa oleh bapa saudara kepada Zara. Bukan mudah untuk menerima kenyataan kehilangan anak buah yang disayangi. Kata bapa saudara Zara ini, Zara sudah dijaga sejak dari lahir lagi.
Zara membesar di hadapan mata dan telatahnya yang ceria selalu menghiburkan. Dipanggil ‘pacik’ oleh Zara, keperibadian Zara didedahkan kepada umum. Katanya, Zara anak yang baik, penuh dengan adab sopan dan selalu mendengar kata orang tua namun siapa sangka, secepat itu Zara akan pergi meninggalkan semua.

Ibu Zara insan yang mendapat tamparan besar kerana Zara satu-satunya anak yang dia miliki. Kesedihan ibu Zara juga turut diceritakan dalam coretannya itu. Ibu Zara yang dahulunya penuh dengan senyuman kini hanya bertemankan air mata mengenangkan Zara.
Jom baca perkongsian di bawah :


Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Satu-satunya anak dia, sedihnya.. anak tunggal yang paling disayangi pergi untuk selama-lamanya.. sgt2 terkesan pemergiaan zara.. setiap gambarnya yg lalu,pasti mengalir air mata.. sy jg ada sorg anak perempuan tunggal… semoga mama zara terus kuat, dikelilingi org yg baik2.. “
” Maaf ya bang , tenang btl tgk arwah zara ni manis, sya x ada adik tpi terasa btl pemergiaan, justiceforzara semua 1 malaysia syg zara , semoga doa2 1 malaysia mkbul dn dptkn keadillan utk arwah zara.. “
” Arwah anak yang menyenangkan hati, baik tutur bicara dan perilaku..tapi umurnya cuma setakat 13tahun 4bulan sahaja, Allah lebih menyayanginya.. “
” Maaf bang. Sy byk ari dh duk follow up pasal kes arwah.. setiap kali baca atau post lalu psl dia, sy sebak sy menangis. Pdhl x knl pun . X pe klo kt dunia ni x da keadilan buat arwah, kita semua tuntut kat akhirat nanti.. “
” Tolong jaga ibu ZARA QAIRINA.. dia ibu yg terpilih oleh Allah SWT.. Allah SWT beri ujian yang sangat berat, pada dia, Allah SWT sayang dia.. Allahuakbar.. “
” Sedih benar perasaan ibunya anak sudah tiada. Alfatihah utk arwah adik Zara. Anak tunggal diperlakukan begitu . Tak tergambar di akal.allahuakbar. Sedih betul.. “
” Ya Allah .. menitis airmata ku. Saya tak tahan nak nangis.. mesti family zara tak boleh terima, sedangkan rakyat malaysia pun hancur dengan kes zara ni.. “
Perasaan yang bercampur baur membaca luahan hati bapa saudara itu. Hancur hati ibu Zara yang tidak tergambar dengan kata-kata dan ianya menjadi satu tamparan besar untuk ibu tunggal ini. Semoga masa akan mengubati kesedihan ibu Zara dan teruskan sokongan dan doa untuk Justice For Zara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Libraboyyy2509
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


