Artis / Selebriti
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen

Video moment ketika Hadie diumum tersingkir di konsert minggu ketiga Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Part masa Hadie baca surat untuk Ina Naim tu sebak sangat. Menangis Ina peluk Hadie..
Konsert Talk To My Manager minggu ketiga telah pun bersiaran semalam. Semua peserta memberikan persembahan yang terbaik dan persaingan yang sengit dapat disaksikan pada konsert minggu ini. Sesi penyingkiran paling mendebarkan semua kerana masing-masing mengharapkan untuk dapat ke pusingan seterusnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official dan Astro Gempak, telah dikongsikan video yang memaparkan Pak Nil selaku host mengumumkan peserta yang tersingkir pada minggu ini. Hadie dan Ina Naim mendapat markah terendah pada minggu ini dengan 72 %.
Sewaktu Hadie membacakan surat khas untuk Ina Naim, ramai yang menitiskan air mata. Coretan hati Hadie yang ikhlas itu menyentuh hati. Betapa Hadie meletakkan 100 peratus pengharapannya kepada Allah dan tawakal dengan apa yang dia perjuangan di pentas TTMM.
Sayu hati warganet melihat Ina menangis sambil Hadie memeluknya. Bak kata Pak Nil, itu bukan lah penamat untuk bakat Hadie kerana Hadie ada bakat yang bagus untuk diketengahkan. Pak Nil sendiri menahan sebak ketika mendengar Hadie membaca suratnya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia tak gi sek tp dia yg solatkan jenazah ayahnya dia tak gi sek tp tutur bahasanya sgt lembut dia tak gi sek tp adab dia no 1 sesame manusia terutama ibunya, dia letak Allah no 1 dan segala pharapan hanya padaNYA.. Hadie aku doakan ko bjaya dunia akhirat ye. anak yg hebat.. “
” Aku pulak yang menangis.. Kesian dia 2x dah kena mcm ni, tp hadie ni nmpk budak yg baik dia tawakal dan redha betul bersangka baik dgn aturan Allah dekat dia.. “
” Sayang sampi ke syurga.. tiba2 hati saya seorang ibu sebak. hadi ank yg baik… semoga hadi terus berjaya.. “
” Masa ni sedih sangat.. dengar hadie baca pun kita dah nangis.. dia jenis slow and steady tp memikat pendengar dlm diam.. Terbaik hadie ucapan kamu sayang ibu sampai syurga.. “
” Kenapa aku boleh nanges weh adoii, tak per dek abg sokong kau setiap minggu vote. syukur Alhamdulillah hadie tak tersingkir..semoga terus sukses hadie anak soleh.. “
” Sedih sgt klau hadie terkeluar dlm rancangan ni, alhamdulilah hadie selamat dlm minggu ini, semoga Allah permudahkan segala urusan hadie dan berjaya hingga ke final.. “
” Aku rasa mcm tengok AF wehh.. aura TTMM ni lain maciamm yer.. berdebar, sedih, pastu tekejut.. Aku geram je tengok paknil surprise cenggitu.. “
” Hahahaha paknil aznilnawawihm pula. Dia punya perangai tu, dari zaman AF sampai zaman gen Z dia buat. Kurang asem. aku dah beria menangis tadi, pulangkan balik airmata aku.. “
Siapa sahaja yang tidak tersentuh mendengar coretan rasa Hadie itu. Pak Nil pula terlebih expert dalam membuat prank dan kali ini juga sama, tiada penyingkiran dan Hadie masih lagi di pentas TTMM pada minggu hadapan. Pulang balik air mata yang jatuh tadi Pak Nil, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dia cakap nak duduk je, tapi berdekah satu auditorium ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Beautiful speech, lawak, sedih, perli, semua ada. Berani dia mengata ayah dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
-
Viral3 days ago
” Perkara begini pun nak dijadikan berita, tak jaga sensitiviti betul.. ” – Ibu Zara Qairina