Viral
” Masa edit assignment tu mesti banyak kali nangis juga kan.. ” – Komen Netizen
Video rakan-rakan sekumpulan arwah Nurul Izyanti (UPSI) tidak dapat menahan sebak selepas perbentangan assignment buat warganet tersentuh. Sedihnya tengok rakan-rakan Izyanti menangis ketika video kenangan mereka bersama arwah ditayangkan..
Bukan mudah untuk menerima kawan seperjuangan pergi menghadap Ilahi secara tiba-tiba. Tanpa sebarang pesanan, peristiwa tanggal 9 jun yang lalu akan menjadi tarikh keramat yang akan sentiasa kekal dalam ingatan para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Allysaamrann, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakan-rakan kepada arwah Nurul Izyanti Muhamad Azahar menyempurnakan tugasan kumpulan mereka. Ini adalah assignment terakhir yang sempat mereka lakukan bersama.
Waktu perbentangan menjadi saat yang sukar untuk mereka kerana mengenangkan Izyanti yang telah pergi dan tiada akan kembali lagi. Kata pemilik akaun ini, mereka sudah berjanji dengan Izyanti untuk melakukan yang terbaik dan mereka berjaya mengotakan janji tersebut.

Menerusi video perkongsian ini, dipaparkan suasana ketika pembentangan kumpulan sudah berakhir. Paparan di skrin layar menunjukkan gambar dan video memori mereka sekumpulan bersama Izyanti. Kelihatan rakan-rakan Izyanti tidak dapat menahan sebak dan masing-masing menangis ketika video itu ditayangkan.
Jom tonton video di bawah :
@allysaamrann Kami janji dengan Yan nak buat yang terbaik. Yess! we did it❤️
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rakamlah sebanyak mana orang yang kamu sayang semuanya .. sebab bila dah takde kita akan rindu.. Al fatihah Izyanti.. “
” Dik, akak penat nak nangis hari2 dik oii. tiap kali lalu pasal arwah adik2 upsi ni mesti nangiS.. apatah lagi Korg yang hari-hari jumpa sblm ni kn.. “
” Kalau aku jd lecturer korang, nampak bidio ni terus bg full mark.. wlwpon dh seminggu tp sedih tu Masih terasa wlapon xkenal.. moga semua arwah dtmpatkan dtaman2 syurga ALLAH.. “
” Tiap kali lalu video tentang pelajar2 UPSI ni auto berair mata…. Semoga kejayaan milik kamu semua…. al fatihah buat arwah.. “
” Masa edit assignment tu mesti banyak kali nangis jugak kan.. saya doakan group berjaya walaupun kamu semua kekurangan 1 ahli.. insyaallah kejayaan bersama kamu semua.. “
” Masa edit video tu mesti dah berjurai air mata.. saya doakan group berjaya walaupun kamu semua kekurangan 1 ahli.. insyaallah kejayaan bersama kamu semua.. “
” Jangan la ajak kami menangis sekali.. tengok ni nangis lagi.. Takziah semua sahabat izyanti. Tahu tak mudah kehilangan mereka yang kita sayang tapi teruskan melangkah dengan semangat arwah izyanti okay.. “
Berat tapi dengan semangat yang masih bersisa, mereka berjaya melakukannya sehabis yang baik. Semoga kawan-kawan Izyanti ini akan meneruskan perjuangan mereka untuk meraih sebuah kejayaan. Sama-sama kita doakan agar Izyanti tenang di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Allysaamrann
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen

