Artis / Selebriti
” Mantap anak ustaz, suara padu tu. Copy paste abahnya.. ” – Komen Netizen
Video anak Ustaz Syah Inteam, Saifuddin menyanyi satu pentas bersama Kumpulan Inteam. Wah sedapnya suara Saifuddin ni. Bukan suara sahaja yang sama, wajah pun handsome macam Ustaz Syah masa muda..
Kumpulan Inteam antara kumpulan nasyid yang masih kekal relevan sehingga ke hari ini. Sekalipun sudah lama dalam industri, lagu-lagu Inteam masih menjadi siulan ramai. Malah suara anggota Inteam juga tetap maintain dan tidak banyak berubah sekali pun sudah bertambah usia.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syah Inteam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ustaz Syah bersama kumpulan Inteam menyanyi di Karnival 40 Tahun Hira’ di Jeram Selangor. Apa yang istimewanya, anak lelaki Ustaz Syah bernama Saifuddin turut ditampilkan menyanyi bersama-sama di pentas.
Ini adalah kali pertama Saifuddin sepentas berduet bersama kumpulan Inteam. Untuk makluman, Saifuddin akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Ramai yang memuji kelunakan suara Saifuddin mendendangkan lagu Inteam.

Sama merdu dengan ayahnya, Saifuddin boleh menjadi pelapis untuk Inteam suatu hari nanti. Ada juga yang mencadangkan supaya digandingkan Saifuddin bersama anak-anak arwah Suhaimi Saad, Hadie Elfardie dan Sallman Elkhoyri untuk menyanyikan kembali lagu-lagu Inteam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mantap anak ustaz, suara padu tu.. pelapis ustaz, boleh lah ayah bersara dengan tenang.. suara pun nak lebih kurang dah tu.. “
” MashaAllah Tabarakallah terbaik kumpulan inteam bersama anakanda ustaz.. dah besar Saifuddin ni.. mantap ustaz.. “
” MasyaAllah gd job anak ustaz. multi tasking tu dasyat sambil nyanyi sambil record haha.. boleh pergi jauh ni.. “
” Masyaallah comelnya bila anak nyanyi dengan ayahnya atas stage.. Inteam ni bukan setakat telan CD, tp telan studio terus.. sedappppp.. “
” Copy paste abahnya. suara n gaya dah ada tu.. next inteam JR. insyaallah good luck saifuddin.. kalau yg ada anak lelaki sebaya tu. boleh kot kumpulkan .. nynyi blk lagu ayah2 mereka.. mcm hadie n salman.. “
” Ustaz bwak balik bayang2 msa muda ke.. sebijik muka ustaz masa muda dulu.. lepas ni ada group anak2 inteam pulak.. Try buat cover sekali kumpul anak2 inteam, dah besar2 semua.. “
” Pasnie ank Ustaz Syah nie dh boleh join Hadie and Sallman… Boleh buat Inteam Jr… Mcm kumpulan Aeydan a.k.a Ank2 Rabbani.. “
Merdu suara Saifuddin, sama lunak dengan suara Ustaz Syah. Bakat seni daripada ayah mengalir dalam diri Saifuddin. Mungkin cadangan daripada warganet agar dikumpulkan semua anak-anak anggota kumpulan Inteam untuk menyanyikan lagu Inteam boleh direalisasikan. Tentu gempak dan menghangatkan lagi dunia nasyid negara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syahinteam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

