Connect with us

Artis / Selebriti

” Manja je muka Mr E jawab kembangkan keluarga tu. Kita orang yang terkembang kucup hidung ni, sweet sangat.. ” – Komen Netizen

Video respon Erra Fazira ketika suaminya, Ezwan Zain menyebut ingin mengembangkan keluarga buat warganet terhibur. Spontan dan comel sangat reaksi Erra. Mr E pun kuat betul menyakat isteri, Sweet sangat.. 

Youtube Channel Kasi Onz semakin mendapat sambutan daripada warganet. Podcast yang diterbitkan sendiri oleh Erra Fazira dan Ezwan Zain ini begitu santai dan banyak berbual kisah-kisah kehidupan mereka berdua. Bak kata Erra, platform ini untuk dia dan Ezwan berkongsi cerita bersama peminat mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Kasi Onz Channel dan Erra Fazira, telah dikongsikan satu sedutan video untuk podcast terbaru Erra dan Ezwan. Episod 5 ini baru sahaja disiarkan secara rasmi di channel Youtube Kasi Onz pada 2 Januari jam 8 malam.

Menerusi video ini, Erra memberitahu hasratnya untuk mengembangkan lagi siri podcast mereka itu. Ezwan kemudian menyambung mengatakan dia fikirkan Erra ingin menyebut mereka ingin mengembangkan lagi keluarga dengan wajah tersenyum lebar.

Reaksi Erra ketika mendengar ayat pada mulut suami tercinta mencuit hati warganet. Boleh cuak Ezwan apabila Erra bertanya cara untuk mengembangkan keluarga itu bagaimana. Terhibur warganet melihat telatah Ezwan mengusik Erra itu. Walau hanya dengan satu senyuman dan lirikan mata, sudah cukup menjelaskan maksudnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mr E, lawan. Jangan takut. Apa apa bagi tau. Saya ada bilik kosong haha.. ” – Falyq

” Kitaorg yg terkembang kucup hidung ni sweet sangat.. adoi boleh gila aku macam ni. Seronok tngk kemesraan antara mereka berdua gurau senda buat kita semua seperti bersama dgn sweet couple ni.. “

” Ngaaam… kembangkan keluarga maknanya kena kasi tambah 1 baby mana tau lelaki.. moga dikurniakan cahayamata yang comel dan manis macam erra dan mr e.. “

” Mr E nk baby boy pulak tu hehe. sokong sokong mr e nak kembangkan keluarga.. Mr e kuat menyakat, Erra saje buat blur haha.. sesuai sangat dua dua suka menyakat.. “

” Mr E nak cahayamata tu kak Erra hehe.. anak erra ezwan mesti comel.. kalau tambah lagi confirm anak segak gila.. kembang kempis hidung aku dengan telatah korang ni.. “

” Kasi onz je kak Erra hehe.. nk kembangkan keluarga ok pe hehe.. sweetnya sis Erra bab ni.. manja je muka mr e jawab kembangkan keluarga tu.. semoga erra dan mr e dapat baby tahun ni, aamin.. “

” Erra sebut hah jer terus mr e pusing selagi boleh pusing haha.. ngam! yg suka gaduh manja tu macam ni lah Mr E start “menjual” Erra akan “membeli” dua dua sama naik.. Ezwan ni lawak..mmng sesuai dgn Erra yg suka buat lawak.. “

Seronok melihat respon Erra apabila Ezwan menyebut kembangkan keluarga itu. Siapa tahu rezeki itu daripada Allah SWT, andai Allah kata jadi pasti akan dikurniakan anugerah terindah untuk Erra dan Ezwan. Apa-apa pun, semoga berbahagia selalu Erra dan Mr E.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasionzchannel,, Youtube Kasi Onz Channel.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak