Artis / Selebriti
” Manis dan sopan Aisyah, semakin manis dengan niqabnya. Ingat Neelofa tadi.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis resepsi Aisyah Aziz dan Dr Mohd Fakhrudin Amir raih pujian warganet. Damainya majlis macam ni, simple tetapi sempurna. Cantik Aisyah berniqab, ada yang ingat Neelofa. Manis sangat..
Majlis akad nikah penyanyi negara jiran Singapura, Aisyah Aziz dan pasangannya, Dr Amir telah pun diadakan pada 11 April yang lalu. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail merupakan abang kepada suami Neelofa, Haris Ismail.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fedtri Yahya dan another.half3, telah dikongsikan video yang memaparkan sekitar majlis resepsi Aisyah dan Dr Amir. Majlis ini telah pun diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak dan dihadiri oleh ramai tetamu serta ahli keluarga kedua belah pihak.
Majlis ini terasa cukup mendamaikan kerana ianya diiringi dengan alunan selawat dan bacaan ayat suci Al-Quran. Penampilan Aisyah yang mengenakan busana pengantinnya berwarna grey dan berniqab menarik perhatian serta meraih pujian daripada semua.

Ibu Dr Amir juga turut mengenakan niqab di majlis ini. Kelibat Haris dan Neelofa juga turut kelihatan memasuki ke dewan. Majlis yang islamik sebegini memang menjadi idaman ramai. Dekorasi pelamin yang dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna putih juga menambahkan lagi seri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Neelofa a huge influence in aisyah’s life… alhamdulillah… Allah kurniakn Neelofa adik ipar yg sejuk mata memandang.Boleh berjln seiringan dan moga terus istiqomah ye Aisyah.Moga mjlis ini dikurniakn penuh keberkatan dan ketaqwaan.Aamiin.Selamat pengantin baru.Tahniah.. “
” Inilah sepatutnya diikut oleh semua bakal pengantin supaya rumahtangga mendpt keberkatan Allah swt bukannya ada tari menari.. alhamdulillah moga terus istiqamah.. “
” Alhamdulillah.. tahniah .. moga majlis ini dikurniakan penuh keberkatan dan ketaqwaan. Majlis yang barakah insha Allah.. Selamat pengantin baru.. “
” Majlis yang penuh keberkatan dan sopan santun.. Segala doa yang baik-baik untuk pasangan mempelai.. Islamic Wedding style.That the truth Islamic.. “
” Manisnya Aisyah berniqab, mati mati ingat tu Neelofa tadi. Allahuakbar Tabarakallah.. Indahnya susunan kata2 bak sama dgn mempelai.. “
” Sukanya dengar bait bait kata Fedtri ni.. Hazaminfadlirobbi , Allahuma Barrik , kurniaan Allah utk Aisyah.. love tengok majlis ni.. “
” Masha Allah seindah namamu Aisyah. Manis dan sopan Aisyah, semakin manis dengan niqabnya.. tenang tengok majlis ni.. love sangat majlis yang macam ni.. “
Majlis yang cukup indah dan mendamaikan. Dari pengacara majlis sehingga ke pasangan mempelai, segalanya cukup sempurna. Semoga perkahwinan Aisyah dan Dr Amir sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta aman damai selalu dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fedtri Yahaya, IG Another.half3, IG Majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebijik sama lah, tak dapat beza mana satu Amira Othman.. ” – Komen Netizen


