Artis / Selebriti
” Mamu kalau bahan orang memang padu. Berdekah dengar potpet persatuan duda ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sharnaaz Ahmad berseloroh mengenai Persatuan Duda buat ramai terhibur. Habis semua duda-duda hot kena petik ni. Part Fattah Amin, Farid Kamil, Engku Emran dan Aliff Aziz tu paling lawak. Macam-macam lah Mamu ni, haha..
Menerusi perkongsian di Tiktok Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Sharnaaz Ahmad ketika sedang menggunting rambut. Sharnaaz melayan semua komen-komen dan berbual bersama viewers yang mengikuti sesi livenya ketika itu.
Sharnaaz berceloteh tentang Persatuan Duda yang mana namanya digelar sebagai presiden persatuan itu oleh warganet. Awalnya ada yang menegur rambut Sharnaaz cantik dan Sharnaaz membalas komen itu dengan mengatakan bukan Fattah Amin sahaja yang ada rambut cantik.
Celoteh Sharnaaz semakin rancak apabila viewers menyebut beberapa nama antaranya Farid Kamil, Engku Emran, Que Haidar dan Nedim. Part Farid Kamil paling mencuit hati. Kata Sharnaaz, Farid sudah keluar sebelum ini dan kini Farid mahu masuk semula persatuannya itu.

Sharnaaz juga menggelarkan duda-duda lain hanya ahli kelab seringgit dan itu menggeletek hati semua. Sharnaaz memang suka berjenaka tetapi dia tidak bermaksud untuk mempersendakan situasi duda lain kerana pada Sharnaaz, hidup perlu diteruskan dan tidak perlu bersedih dengan apa yang telah terjadi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mediahiburanofficial “Kita bukan nak seronok pasal apa yang jadi pada mereka tapi bila dah jadi, kita buat melawak sahajalah. Nak sedih-sedih pun buat apa,”- Sharnaaz Ahmad Kredit Video: Tik Tok Chez Hamdan #MHnews #MediaHiburan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yang Farid Kamil tu berdekah siak haha.. keluaq pastu masuk balik haha.. siap lantik naik presiden lagi, adui penat aku ketawa.. “
” Haha Farid Kamil tu, aku penat laa.. Engku Emran tak boleh masuk ye.. mamu reject awal lagi haha.. “
” Hahahaaa.. Part dia sebut farid kamil tu.. Lawak kk sangat.. Dah kluar nak masuk balik.. penat sungguh mamu ni, melawak tapi betul apa dia cakap tu.. “
” Yang Farid Kamil tu paling lucu.. dah keluar, nak masuk balik haha.. Tang Engku Emran pun berdekah aku.. tak boleh ek haha.. “
” Challo run dan Duda run tu lawak siot.. ada bendahari Syamsul.. wei kelakar, makin ramai la duda lepas ni masuk list.. “
” Tang Farid kamil ngn alif Aziz n engku emran mmg lawak… dengar banyak kali pun tetap lawak… pagi ni aku gelak bdekahhh dgr dia potpettt2 duda.. “
” Mamu kalau bahan orang memang padu. Comfirm hati sapa tak kental memang koyak mat haha.. lawak pulak dengar persatuan duda-dua ni.. “
Kalau tak lawak bukan Sharnaaz lah namanya, kata-katanya memang membuatkan warganet terhibur. Sempat Sharnaaz berseloroh mengatakan yang dirinya presiden dan melantik Nedim sebagai naib presiden dan Syamsul Yusof pula bendahari. Apa-apa pun, itu hanya lah sekadar gurauan Sharnaaz sahaja sekadar hiburan dan berharap semua duda-duda teruskan kehidupan dengan gembira.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Hiburan, IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti2 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


