Artis / Selebriti
” Mama pun, taste Cik B lain lah mama.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Cik B apabila Dato’ Seri Vida menyuruhnya membawa sebuah beg tangan mahal ke kelas buat ramai terhibur. Bukan main merelip lagi beg tu, patut lah Cik B tak nak. Tapi bagus Cik B tetap jaga hati mama..
Meninjau ke satu akaun Tiktok Dato’ Seri Vida, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Vida bertemu anaknya, Cik B ketika berada di London telah meraih perhatian ramai. Menurut Dato’ Seri Vida, Cik B akan berada di London selama seminggu mengikuti kelas di situ.
Sebagai seorang ibu, pastinya merasa amat merindukan anaknya yang jauh di mata. Cik B kini melanjutkan pelajarannya di luar negara dan sesekali Dato’ Seri Vida akan melawat Cik B. Kali ini Dato’ Seri Vida datang dengan membawa sebuah hadiah.
Dato’ Seri Vida membelikan sebuah beg tangan berharga RM40 ribu buat Cik B. Kejutan yang diberikan oleh Dato’ Seri Vida agak tidak menggembirakan Cik B kerana beg tersebut bukanlah kegemaran Cik B. Cik B sebenarnya tidak gemar memakai sesuatu yang agak feminin.

Walaupun dipujuk oleh Dato’ Seri Vida, Cik B tetap menolak untuk memakai beg tangan tersebut. Cik B meminta ibunya sahaja memakai beg tersebut. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@datoserividaofficial Bawak dari jauh suruh @cikb_havoc66 pakai , dia suruh mama pulak pakai 😮💨 #datosrivida #cikbhavoc #salmonskincikb #salmonskindsv #salmonskinsaltedegg #fyp #foryou #foryoupage
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua anak beranak ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Mama pun.. taste cik B lain la mama.. DSV ni pun….pilih lah handbag yg sesuai dgn usia Cik B. Rasanya makchik di kg2 pun tokse handbag tu.. “
” Suka ayat cik B, so matured.. pandai amik hati mama dia. handbag bagi sy je lah cik B.sy dh beli salmon salted egg cik b tau.sedappppppp.. “
” Mmg cute cik B ni layan jer mama jer sama mcm anak I, perangai i lebih kurang sama jer dgn dsv tergedik2 dgn ank2 tp anak lelaki layan jer perangai i.. “
” Cik b lawak la tapi cik b mcm Tu pn DH comel.. beg x kena dgn fesyen cik B. mama nya ponnn.. sabar ea dato budak nak membesar memang demand ikut style dorang.. “
” Cik B dah semakin dewasa.npk sgt bezanya.Dah npk kematangannya,dah semakin cantik.Suka tgk Cik B sejak dulu.. “
” Apa cik b ckp tu mmg betul sngt. sdg kan tourists biasa2 pun jd target pickpockets apa lg klu pakai brg mahal mmg cfm jd tumpuan dorang. bagus cik b sbb sentiasa beringat.. “
” Fhm perasaan cikb mcm kta dlu slgi x trbuka ht nk pkai mmg xlah jwbnya.. cik B tu aura remaja, mama, bkn taste mcm mak2…. sian dia.. “
Betul juga kata Cik B kerana dia sememangnya sudah aura tersendiri. Gaya penampilan Cik B sekarang pun sudah menunjukkan trademark Cik B tersendiri. Cara Cik B menolak hadiah yang diberikan ibunya menunjukkan Cik B kini semakin matang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qu Puteh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

