Artis / Selebriti
” Sesuai sangat lah, bagai pinang dibelah dua. Kenapa Que macam malu-malu ek.. ” – Komen Netizen
Video Sherry Alhadad request untuk bersanding secara live dengan Que Haidar di Gegar Vaganza sempena hari lahirnya. Nabil dah bukak silat, Bonda Hetty dan Datuk Syafinaz jadi tukang kipas, Tok Ram pun sibuk sama. Siap menyanyi lagu pengantin baru ramai-ramai, haha..
Pada minggu ini, pengacara konsert Gegar Vaganza 12 iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad telah ditugaskan untuk membuat persembahan menyanyikan lagu viral Jamilah. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan dan Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa video persembahan mereka.
Menerusi video pertama, kelihatan Nabil dan Sherry membuka tirai persembahan dengan menyanyikan lagu Jamilah secara bersahaja, namun begitu menghiburkan. Apa yang lebih menarik, di atas pentas terdapat sebuah katil yang menimbulkan tanda tanya.
Ketika persembahan berlangsung, Nabil bertindak membuka selimut dan ramai tidak menyangka individu yang berada di bawahnya adalah pelakon berbakat besar, Que Haidar yang hadir sebagai tetamu jemputan. Kemunculan Que benar-benar mengejutkan para penonton.

Reaksi Sherry pula mencuri tumpuan apabila Sherry dilihat sangat terkejut, teruja dan gembira dengan kehadiran Que Haidar. Tambahan pula, esok merupakan hari lahir Sherry dan sempena itu Sherry sempat membuat satu permintaan istimewa kepada Que, sekali gus mencetuskan gelak tawa dan sorakan penonton.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai kata-kata usikan kepada Sherry. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mlm ni ada majlis kenduri free pulak, mengekek aku gelak tengok perangai masing-masing.. Juri pun melayan weh, haha.. “
” Cr Jamilah sampai atas pentas ye.. Awal2 dh buat org ketawa terbaik.. Happy birthday Sherry yang ke 41 tahun.. “
” Adoilaaa lawak laa GV musim ni berdekah wei.. Bunda…Toj Ram…Tok Syafinaz pun bukan main ye.. Meriah betul malam ni.. “
” Sesuai sangat lah, bagai pinang di belah 2.. Hahaha kesian Sherry dia teringin nak naik pelamin takde sesiapa ke nak merialisasikan impian dia.. “
” All of them are cute.. Kenapa Que macam malu malu eh.. Kita yang tengok pun senyum2 sangat, haahaha.. “
” Cepat sungguh NurLela berubah,mentang2 NurLela tengah femes skrg, hahaha.. Kan main ek Sherry tu, HAHA.. “
” Habis lah Abang Jamil datang cari Jamilah.. Hahaahahahha Happy Birthday Sherry, semoga cepat bertemu jodoh.. “
Berdekah semua penonton gelak melihat gelagat Sherry dan Que Haidar bersanding di atas pentas. Part paling kelakar, semua juri juga turut melayan momen ‘persandingan’ itu. Malah Nabil sendiri sempat membuat aksi silat untuk ‘pengantin baru’. Suasana malam yang begitu menghiburkan dan penuh dengan gelak tawa.

Silakan SHARE..
Sumber :IG astrogempak, mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti4 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lunara ni kalau nak attention, dia akan buat-buat batuk. Dia pandai berlakon.. ” – Intan Najuwa


