Artis / Selebriti
” Makin sedap suara Dekta. Cara dan lenggok nyanyian Thalita sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
Video persembahan live anak Shuib Sepahtu, Thalita di Borneo Food Fest, Lahad Datu raih pujian warganet. Wah makin padu suara Thalita. Fesyen dan suara Thalita sebijik macam ibu sangat..
Satu-satunya anak perempuan peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin, Thalita semakin mendapat tempat dalam industri muzik. Thalita mula menunjukkan bakat dan minatnya dalam nyanyian sejak tahun lalu dan Thalita juga berkesempatan menonjolkan bakatnya itu di kota Singapura bersama komposer terkenal, Ajai pada tahun ini.
Banyak event yang mengundang Thalita untuk membuat persembahan. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Your Sir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan terbaru Thalita di Borneo Food Fest, Lahad Datu. Thalita menyanyikan lagu popular ibunya berjudul Kesetiaan.
Melihat gaya Thalita berfesyen seakan-akan melihat arwah Sarah. Apatah lagi mendengar lontaran suara Thalita yang semakin mirip dengan suara Sarah. Berkat tunjuk ajar Ajai kepada Thalita, ditambah pula latihan demi latihan yang dilakukan bersama Shuib, nyanyian Thalita jauh berbeza dengan awal kemunculannya dulu.

Suara Thalita juga kedengaran semakin sedap lenggoknya dan Thalita sudah pandai mengawal tone suaranya itu. Selain itu, Thalita kini sudah tidak kekok menyanyi di hadapan ramai orang, Thalita juga bijak mengawal pentas dan pandai berinteraksi dengan penonton. Satu pencapaian yang membanggakan.
Jom tonton video di bawah :
@yourrsirr Kesetiaan by @Thalita_Shuib di bumi Lahad Datu ! Suara mmg jauh beza dari first time dia muncul dlm industri. X jauh beza dari arwah ibunya 🤍 #CapCut #fyp #trending #viral #tiktok #fypシ #foryoupageofficiall #foryou #fypage #kesetiaan #thalita
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Makin lama makin lawa dia wehh. mantap dik , semoga suksess selalu.. dah semakin matang suara Talita ada part yg seakan ibunya Siti Sarah tahniah dari acik.. “
” Bentuk muka Shuib tapi air muka, ekor mata semua Sarah. sedih lah tengok lagi lagi dengar suara. memang sarah sebijik.. “
” Cara dan lenggok nyanyian Thalita sebijik mak dia.. dia makeup camni terus jadi muka Sarah.. dgr je Talita nyanyi lagu ni auto sebak… rasa macam arwah Sarah ada tepi tu.. “
” Rindu nya arwah Siti sarah.. terubat juga Ngan penganti ank nya ni.. bila tngok sebijik Arwah ibu dia . go thalita, u can do it.. Alfatihah tuk arwah ibunya.. “
” Makin lama makin macam suara arwah ibu dia.. sedap suara Thalita, ibu sangat ni. dia dah makin serasi dah dengan gayanya.. “
” Makin sedap suara Dekta ni, lontaran suara dia tu buat kita teringatkan Sarah.. dia dh byk buat show dan bljr dari kesilapan2 sblum ni.. “
” She slowly looking like her mother. Expression muka and all.. aaahhh.. bgus ajai didik dia nmpk dh matang sikit vokalnya.. “
Tidak puas mendengar suara Thalita, semakin mantap vokalnya dan nampak lebih relax ketika menyanyi. Tidak mustahil Thalita akan menjadi penyanyi hebat seperti Sarah suatu hari nanti. Semoga Thalita terus berusaha keras agar dirinya menjadi penyanyi sebutan ramai kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Your Sir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti2 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


