Connect with us

Artis / Selebriti

” Makin besar, makin cantik ye Cik Yam. Sekarang dah pandai bergaya.. ” – Komen Netizen

Sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Wan Maryam yang ke 7 tahun, perkongsian oleh Mawar Karim raih perhatian ramai. Alahai lama tak tengok Maryam, makin cantik maryam sekarang. Dah pandai posing macam mummy dia.. 

Meninjau di akaun Instagram milik usahawan tudung Mawar Karim, telah dikongsikan video yang memaparkan gambar-gambar sambutan hari lahir anaknya, Wan Maryam. Menerusi gmbar itu, kelihatan Mawar meraikan hari lahir Maryam di sebuah restoran.

Turut kelihatan pada gambar tersebut adalah kek hari lahir Maryam yang bertemakan kartun Unicorn. Di ruangan kapsyen, Maryam memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Maryam. Menerusi posting kedua pula memaparkan gambar-gambar Maryam yang cantik bergaya.

Tulis Mawar, masa begitu cepat berlalu, Maryam kini sudah pun berusia 7 tahun. Perkongsian sempena hari lahir Maryam itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan semakin Maryam membesar, semakin cantik rupa parasnya.

Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan wajah Maryam begitu persis ibunya. Sehingga kini, perkongsian oleh Mawar itu telah menerima puluhan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai Maryam, manis sungguh senyumannya membuatkan ramai yang cair.

Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Mawar dan ramai yang turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Maryam. Antara komen-komen warganet adalah :

” Kejapnya Maryam dah besar. Sekarang dah pandai bergaya budak comel ni.. Selamat hari lahir Maryam yang ke 7 tahun.. Semoga Maryam jadi anak yang solehah mummy.. “

” Alhamdulillah Happy2 Birthday Maryam..  Semoga Maryam terus membesar Anak yg solehah, bijak, cantik dan sihat, Amin yra.. “

” Cepat masa berlalu. Maryam dah besar.. Acik dari dulu ikut perkembangan Maryam.. Selaamt hari lahir Maryam, semoga menjadi anak yg solehah. Aamiin.. “

” Eee jap je Maryam dah nampak dewasa sgt.. Cantik mcm mumy dia betul.. Happy birhday Maryam.. Semoga yang baik2 sahaja buat Maryam.. “

” Makin besar makin cantik ye Cik Yam.. Alhamdulillah dah besar pun dia.. Kejap betul masa berjalan, tahu2 Maryam dah umur 7 tahun.. “

” Happy birthday Maryam.. MasyaAllah budak cantik ni dah 7 tahun lah.. Semoga Maryam terus jadi anak yang baik buat mummy dan daddy Maryam.. “

” Happy birthday Maryam cantik… Semoga jadi anak yang bijak dan berjaya didunia n akhirat.. Makin besar, makin copy paste Mawar lah.. “

Untuk sekadar info, Maryam merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Mawar bersama pelakon Fizo Omar. Namun jodoh mereka tidak panjang. Di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Maryam, semoga Maryam terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mawar_karim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT