Artis / Selebriti
” Mak ni memang kelakar. Tahu pun pula takut dengan Sari, haha.. ” – Komen Netizen
Video Perbualan Jep Sepahtu Dengan Mak Yang Viral Menjadi Cameo Di Sepahtu Reunion Live Buat Ramai Terhibur. Alahai Mak Risau Sari Yanti Marah Berlakon Dengan Jep Rupanya. Nampak Risau Betul Mak Takut Sari Terasa Hati !!
Pada minggu lalu, menerusi rancangan Sepahtu Reunion Live, telatah seorang penonton menjadi cameo dan berlakon bersama Jep telah menarik perhatian warganet. Seorang makcik yang dikenali dengan panggilan Mak oleh Jep sebenarnya pilihan Jep sendiri dalam episod minggu lepas menjadi cameo.
Meskipun babak lakonan Mak dan Jep hanyalah sebentar, namun lakonan bersahaja dan spontan daripada Mak ini mengundang tawa para penonton. Lebih-lebih lagi ketika Mak melakonkan babak menyuap makanan kepada Jep. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik mrkifflyz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mak sedang berborak bersama Jep.
Difahamkan akaun TikTok itu adalah milik anak Mak. Kedengaran Mak meluahkan rasa risaunya kepada Jep jika Sari Yanti terasa hati ataupun marah menonton lakonannya dengan Jep. Akui Jep, Sari begitu terhibur menonton lakonan Mak dalam rancangan Sepahtu.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur mendengar luahan keresahan Mak mengenai Sari. Risau sungguh Mak dengan Sari rupanya. Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 158 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@mrkifflyz
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur menonton video Jep berborak bersama Mak. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahaha…. Berani mak takut dgn Sari.. Mak2.. Lawak la… Bagus mak ni.. Dia anggap Jep n Sari dah mcm anak tu.. Tengok cara berborak pun dah tahu.. “
” Tuah aym nmpak d kaki… Tuah mak siapa tahukan… Tp sedunia dh tau mak oiii.. Ade rezki mak jd pelakon nih.. Tahniah mak, memang berbakat.. “
” Nape Sy dengar suara makni mcm palakon masam2 Manis, mak mah cite arwah P Ramlee.. Hehe minggu lepas gelak sy tgk mak berlakon, hebat betul.. “
” Hahahaha mak2, nampak betul risau tu takut Sari marah atau terasa hati berlakon dengan Jep.. Terbaik lah lah Mak, ada bakat lakonan.. Spontan pula tu.. “
” Sari sporting lah mak, hahaha jangan risau.. Kalau perempuan muda tu mybe Sari tak sporting, hehehe.. Bagus lah tengok cara Jep layan mak, baik budi percakapan.. “
” Mak memang terbaik.. Hehe best tengok mak berlakon dengan Jep.. Berdekah kita orang tengok lakonan Mak.. Hehe mana tahu ada rezeki nanti boleh jadi pelakon.. “
” Heheehe kalau Sari ada juga ni mesti dia dengar pun ketawa. Mak tu bukan apa, risau hati isteri ni.. Yerlah Jep kan suami orang, takut Sari tak selesa lakonan diorang.. “
Komen warganet, Mak ini memang ada bakat dalam bidang lakonan. Mana tahu satu hari nanti ada rezeki Mak berpeluang menjadi pelakon. Untuk minggu ini juga, Sepahtu sekali lagi menjemput Mak datang untuk berlakon bersama mereka dan kali ini artis jemputan yang turut ada adalah Ummi Nazeera.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mrkifflyz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

