Artis / Selebriti
” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Ammar Ahyan bersama kumpulan Jozon di pentas Muzikal Lawak Superstar 5 buat penonton tak kering gusi ketawa. Lawak lah Amayan, Amayan masuk je berdekah semua gelak. Ayat Amayan random betul, siap menyanyi dan menari lagi, haha..
Anak sulung kepada Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan semakin dikenali ramai. Selepas mengacara program Post Mortem Talk To My Manager, Ammar kini dijemput sebagai bintang jemputan untuk memeriahkan pentas Muzikal Lawak Superstar 5.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zon Lawak, telah dikongsikan suasana ketika Ammar bergandingan bersama kumpulan Jozon. Kolaborasi Ammar bersama Joey Daud, Norreen dan Zulhuzaimy membuatkan seluruh dewan bergema dengan ketawa dan sorakan penonton.
Ammar ada auranya tersendiri dan apabila Ammar muncul sahaja di atas pentas, semua bersorak memberikan sokongan kepada Ammar. Tidak hanya melawak, Ammar turut menyanyi lagu Bunga Rampai secara live dan ianya mencuit hati penonton di dewan dan juga di rumah.

Memetik komen warganet, cara Ammar bercakap sahaja sudah mampu menggeletek hati. Malah, Datin Shahida yang menyaksikan sesi latihan Ammar bersama Jozan turut berdekah ketawa melihat gaya tariannya. Memang ada bakat menjadi pelawak, kerana telatah Ammar membuat penonton tidak berhenti ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia buat macam vlog dia je. sumpah kelakar Amayan ni, dia cakap tu pun dah rasa kelakar.. mengekek aku ketawa.. “
” Kelakar lah Amayan.. bila spontan cakap terus jadi kelakar.. X perlu buat lawak. Dia cakap pon dh cukup buat org terhibur haha.. “
” Comelnya Ammaryan bersungguh-sungguh nak buat yg terbaik. Tgk mak dia gelak, Aku pun gelak.. sorry Ammar.. “
” Haha amayan tak pernah tak kelakar.. mak dia pun sampai keluar airmata ketawa tengok amayan, kita lagi lah berdekah.. Tgk ammar menari ingat Yb Syed Saddiq menari dgn bella.. “
” Bukan amar nari je yg kejung, ngn aku2 skli dah kejung dok gelak ni.. Aduhh kejung perut tengok Ammar nari.. “
” Teruk n gamat kami gelak 1 rumah tgk amayan.. kelakar terbaik Amayan.. Jenuh Datin gelak.. memang ori lawak amayan ni.. “
” Lawak betul Amayan ni. suka tengok dia, sebab gaya dia memang lucu macam Ropie pun ada.. Kacip Amayan haha.. lagu bunga rampai .. “
Ammar pernah memberitahu yang dia berminat untuk berlakon watak gangster. Namun Ammar sebenarnya mempunyai bakat besar sebagai pelawak dan penghibur. Penonton ketawa besar menyaksikan lakonan spontan daripadanya. Tahniah Ammar, kerana telah membuktikan bahawa dirinya serba boleh dan memiliki keyakinan yang tinggi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida, IG Zon Lawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen

