Artis / Selebriti
” Mahal betul harga rindu dia, jujur dan ikhlas betul jawapan. Bertuah punya anak, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Ammar Ahyan apabila ditanya mengenai perancangan masa depannya untuk belajar di luar negara buat warganet terhibur. Tak pernah tak jujur jawapan Ammar ini. Part rindu pada family tu memang berdekah gelak mendengarnya. Random betul Ammar ni, haha..
Anak sulung kepada pengasas kosmetik D’ Herbs, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sudah pun tamat pengajiannya di peringkat sekolah menengah. Ammar kini sedang memilih ke pusat pengajian mana yang dia mahukan untuk menyambung pelajarannya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Jewels, telah dikongsikan satu perbualan antara wakil Siti Jewels dan Ammar mengenai perancangan masa depannya itu. Kata Ammar, dia akan mengambil foundation untuk setahun di mana-mana kolej dalam negara.
Selepas tamat, Ammar berhasrat untuk meneruskan pengajiannya di universiti luar negara sama ada di Australia atau pun United Kingdom untuk jangka masa 2 atau 3 tahun. Setelah berjaya menamatkan pengajian, baru lah Ammar akan kembali ke tanahair untuk meraikan kejayaannya itu bersama keluarga.

Bagus Ammar kerana dia sudah merangka perjalanan hidupnya dan ke mana hala tujunya. Ammar juga ditanyakan adakah dia akan merindui keluarga apabila berjauhan dengan keluarga. Jawapan yang Ammar berikan menggeletek hati warganet. Jawapan Ammar memang lain daripada yang lain.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saya akan rindu dorg kadang2″ straight to the point betul.. ammayan tk goreng , jujurrr is key.. “
” Adoi budak bertuahni. Tk penah aku nk komen. Ygni berdekah dibuatnye. Dia tahu parents dia sekali petik bole sampai. Tu dia jawab mcmtu.. “
” Mahal btul harga rindu dia .. smpai kadang2 tu .. btuah pnya ank. Hahaha.. jujur ikhlas tu yg penting… Allahuakbar.. moga terus berjaya ammaryan.. “
” Dia honest kan. Takkan nak rindu 24 jam. Betul la tu kadang². Meraikan kemenangan adui amayan.. tak tahan dengar ayat amayan ni.. “
” Kadang2 jer ekk takpalah amayan janji ada rindu haha.. dia ni mmg menghiburkan… yg paling bgus sempoii.. acik nak pesan nnti buat konten jangn baling² kaca bg pecah ya… haha.. “
” Hahahaa..berdekah aku gelak dia sebut rindu tu kadang2.. Jujur gila.. suka la karektor amayyan ni.. suka dengar setiap jawapan amayan.. “
” Tak sabar nk tunggu ammayan balik dr oversea papa jemput naik private jet. Sambil sembang.. “ammayan, esok jgn lupa masuk ofis abah. Kita ada pengumuman khas perlantikan ceo baru” agitu the real of megah holdings. Anak balik oversea terus jd Ceo. Coo tetap utk yusof.. “
Jawapan Ammar memang betul jujur dan ikhlas dari hati. Rindu kadang-kadang itu paling mencuit hati. Apa-apa pun, semoga semua perancangan Ammar untuk menyambung pelajarannya itu berjalan dengan lancar. Sudah berjaya nanti, boleh lah membantu papa untuk menguruskan perniagaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Jewel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti1 day ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

