Artis / Selebriti
” Macam suara Dato’ Jamal Abdillah masa juara Bintang RTM.. ” – Komen Netizen
Video throwback nyanyian Hussain anak kepada artis veteren, Jamilul Hayat kembali tular. Merdunya suara Hussain, penuh penghayatan. Suara sebijik macam suara Dato’ Jamal Abdillah..
Nama Hussein, anak kepada artis veteran, Jamilul Hayat mula menjadi perhatian apabila dirinya diumumkan bakal menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua. Netizen mula mengorek video-video nyanyian lamanya di media sosial apabila mendengar kemerduan suaranya.
Menerusi satu akaun Tiktok sebuah video Hussain menyanyikan lagu Derita Cinta kembali tular di media sosial. Menerusi video tersebut, Hussein dilihat menyampaikan lagu dengan penuh penghayatan sehingga membuatkan ramai penonton terpukau.
Suaranya yang lunak dan penuh emosi mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen, malah ada yang menyifatkan suaranya mengingatkan mereka kepada penyanyi legenda Jamal Abdillah yang merupakan bapa saudara Hussain.

Selain itu, ada juga peminat yang berharap Hussain dapat berkolaborasi dengan sepupunya, Zaki Yamani. Malah, ada yang berpendapat bakat Hussain bukan sesuatu yang mengejutkan kerana datang daripada keluarga seni. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Jom tonton video di bawah :
@mr.edd0387 Derita Cinta By Hussain … Njoy guys 👍#fyp #fypppppppppppppppppppppp #fypシ゚viraltiktok #fy
♬ original sound – sir_brian_amando_djokovic – sir_brian_amando_djokovic
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kejayaan buat Hussain. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Allah sedap nya suara. jgn pengsan pengsan tau dek nanti masuk pertandingan, suara awak mengingatkan makcik masa dato Jamal masuk bintang RTM.. “
” Sora Jamal abdillah.masa juara Bintang RTM, Lurveeee sgt dgr suara Hussain ni. Tak sabar nak tunggu performe setiap minggu kat TTMM nnt… Good luck Hussain.. “
” Klau collab dgn anak dato jamal ni… gempak weyyy. try collab dgn zaki yamani. suara Korg sepupu sepPat ni memang sedap.mcm suara ayah2 Korg.. “
” Sedap dan lunaknya suara awak dikk. akk doakan awak akan sukses suatu hari nanti. awak wajib popular ni di panggil suara keturunan.. “
” Suara Korg sepupu sepPat ni memang sedap.mcm suara ayah2 Korg. ok i will support u hussain!! gud luck! semoga awak ada rezeki besar di TTMM.. “
” Sumpah suara dia sedap sangat, MasyaAllah.. Sedap suara dia…. Good luck n all the best dlm program tu. wow, keturunan berjiwa seniman.. “
” Suara sama dgn pak sedara dia dato jamal mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi…terbaik acik suka Sora husin… moga terus mendonia.. “
Dengan video lama yang kembali viral ini, ramai kini semakin tidak sabar untuk melihat persembahan Hussain dalam Talk To My Manager musim 2. Jelas sekali, aura dan bakatnya sudah mula mencuri hati peminat, sekaligus meletakkan namanya sebagai antara wajah baharu yang patut diberi perhatian dalam industri hiburan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sir Brian amando
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen

