Artis / Selebriti
” Macam mana dia nak ukur ni, tukang ukur boleh hilang.. ” – Pak Azad

Video gelagat Pak Azad mengusik tukang ukur baju buat ramai terhibur. Tukang ukurnya size ‘keychain’, Pak Azad pula tinggi macam galah. Part masa nak ukur bahu tu kelakar, sakan Pak Azad menyakat. Berdekah Eira Syazira gelak tak berhenti-henti, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Pak Azad, perkongsian sebuah video yang memaparkan Pak Azad menempah pakaian telah membuatkan ramai terhibur. Ini kerana tukang ukur pakaian merupakan seorang wanita yang bertubuh kecil dan rendah.
Wanita yang bernama Ayu ini ditugaskan untuk mengukur badan Pak Azad yang mempunyai ketinggian lebih 180 cm. Apabila Ayu datang untuk mengukur, kedengaran sudah suara Eira Syazira menahan gelak. Ketinggian Ayu hanya berada pada atas paras pinggang Pak Azad sahaja.
Sempat Pak Azad berseloroh dan menyakat ketika Ayu mengambil ukuran pada badannya. Lihat sahaja apabila Ayu mengukur bahu Pak Azad, sampaikan Pak Azad bertanya sama ada Ayu boleh nampak atau tidak nombor pada pita pengukur itu.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Paling menghiburkan apabila mendengar gela tawa Eira yang terhibur melihat gelagat Ayu dan suaminya. Adoi, cabaran sungguh ni, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@azad.jasmin3 keje iera gelak jela 😂😂 #berandatiktok #foryoupage❤️❤️ #foryou #foryoupage #fypage #fypシ #eirasyazira #pakazad #berandafyp #esekeli #fyp
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen ialah :
” Haha lawaknya. Alaaaa keciknyaaa ayu .. bak kta ppatah duduk sama tggi. definisi “keychain manusia” keras perut gelak.. “
” Pak Azad ni tinggi berapa cm? Ayu ni berdiri ka duduk. salah ayu ke salah pak azad ni.. mmg jd bahan la..kalau dgn pak Azad..”
” Ayu auto famous ye lepas ni.. adui kesian ayu nk ukur orang tinggi. aku xleh lah ngn pak azad ni… ada ajeee.. tinggi sungguh pak azad.. “
” Ayu auto jd keychain.. awek muda la eira ni..asyik ketawa jer..best dpt suami lawak ni.. lebih 10 Kali aku tgk.. kelakar giler.. “
” Pak azat bangun hilang ayuu. yg gelak tu . buat kami tergelak skli . aku xleh laa kalo Eira dh start gelakm aduii.. “
” Tukang ukur boleh hilang. ayuuuu panjat atas kerusi cepatt haha Aku rase bini dia akam sntiasa muda sbb gelak manjang bila disisi suami .. “
” Rendah betul tukang ukur nya.. Ayu ni dah berdiri ke duduk / Yang tukang ukur pun hilang / nampak ke numbor tu ayu.. “
Tak kering gusi dibuatnya tambahan pula apabila mendengar gelak tawa Eira. Jangan Ayu tersilap membuat ukuran sudahlah, nanti tak habis lagi gelak tawa pasangan ini. Hanya untuk mengambil ukuran terus menjadi satu peristiwa yang kelakar, haha..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azad Jasmin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen