Artis / Selebriti
” Macam mana Amayan, Raja Azura bakal calon isteri Amayan tu.. ” – Dato’ Aliff
Video Dato’ Aliff Syukri mengusik anak sulungnya, Ammar Ahyan mengenai Raja Azura buat warganet terhibur. Kesian Amayan, muka macam nak menangis kena jawab soalan abah dia, haha..
Ketika Dato’ Aliff Syukri dan Ammar Ahyan menerima anugerah di pentas ABPBH 37, Ammar diusik oleh pengacaranya, Shiha Zikir dan Raja Azura. Kedua-duanya mengetahui yang Ammar seorang yang pemalu dan mereka mengusik sekiranya Ammar mahukan salah seorang daripada mereka menjadi isteri Ammar.
Ianya mencuit hati penonton lebih-lebih lagi apabila Ammar menjawab ‘ Insha Allah ‘ kepada Raja Azura. Tidak terhenti di situ, Dato’ Aliff pula sampai ke rumah masih mengusik Ammar tentang Raja Azura. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papalarisofficial, satu video telah pun dimuatnaik.
Ianya memaparkan Dato’ Aliff bertanyakan kepada Ammar mengenai bakal isteri Ammar, Raja Azura. Ammar dengan tegas menidakkan dan memberitahu dia tiada perasaan kepada Raja Azura. Jawapan spontan yang Ammar berikan mengundang tawa warganet.

Ammar memang seorang yang jujur dan setiap kata-kata yang dia ucapkan tidak pernah bermuka-muka. Namun warganet memuji cara Ammar mengawal situasi dan adab Ammar menjaga air muka Raja Azura sepanjang berada di atas pentas.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial Replying to @Alif wOrLd⚡️🗿 korang rasa sesuai ke ammar dgn kak engku..
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
@ceqyamcomelz #alifsyukriterlajaklaris #fyp #amayan #abpbh37 #anugerahbintangpopular
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kebanyakkan org klu dorang cakap tak, dorang akan cakap in shaa Allah” jujur sangat ni amayan haha.. Raja Azura gurau2 je .. Tp ammar auto paranoya haha.. “
” Ammar baik.. Dia jawap mcm tu sbb jaga air muka Engku. Kalau dia cakap tak suka kan kasar sangat tu. Akan memalukan Raja Azura wlpn gurauan. Ammar gentleman sbb jaga air muka Raja Azura.. “
” Langsung tak suka”.. tak nak pertimbangkan dulu ke amayan hhaha.. amayan x suka tapi ckp insyaallah dwmi menjaga hati. bagus amayan ni.. “
” Dia kata insyaAllah itu menjaga hati sekeliling dia budak ini pintar dan baik hormat.. Bagus ADAB dia….tak mau kecilkan hati/perasaan orang.. “
” Taat betul dia dgn ayah dia.. sgt mendengar ckp ya.. tp amayan ni tegas dgn keputusan dia buat.. Dato alif ni memang lah hahhaha suka menyakat amayan.. “
” Amayan dah macam nak nangis tu haha.. hanya dato sorg je yg boleh buat reaction amayan jadi cemas haha.. lawak ank beranak.. “
” Cara jawab mcm tgh berdepan cikgu displin eh “tak cikgu tak saya tak buat” hahahaha.. kesian laa pulak tgk amayan ni jwb soalan2 tu.. “
Kelakar melihat Dato’ Aliff mengusik Ammar seperti ini, sampai cuak betul wajah Ammar dengan usikan abahnya itu. Apa-apa pun, ini hanya lah gurauan Dato’ Aliff sahaja dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton telatah anak dan ayah ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok papalarisofficial, TT colourmart2u
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti1 day ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen

