Artis / Selebriti
” Macam ajak makan je pakcik tu ajak Nana kahwin, haha.. ” – Komen Netizen

Video Seorang Pakcik Mengajak Siti Nordiana Kahwin Ketika Nana Sedang Membuat Persembahan Buat Ramai Terhibur. Amboi Berani Betul Yer Pakcik, Depan-Depan Ajak Nana Kahwin. Cuak Nana, Haha !!
Siti Nordiana bukan nama asing dalam industri dan sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian. Suara lunak Siti Nordiana ada tarikannya tersendiri yang membuatkan Siti Nordiana mampu bertahan sehingga ke hari ini sekali pun ramai penyanyi baru yang tumbuh bagai cendawan.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Bulatan Sultan Azlan Shah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Siti Nordiana membuat persembahan di Meru Klang. Seperti biasa, Siti Nordiana pasti akan beramah mesra dan berinteraksi bersama penonton.
Ketika Siti Nordiana sedang berbual-bual bersama penonton, secara spontan seorang lelaki yang berusia yang turut hadir di situ menjerit dan mengatakan ‘ Nana, jom kahwin Nana ‘. Siti Nordiana tergelak sehaja mendengar ayat Pakcik yang digelar sebagai Pakcik K ini.
Berani betul Pakcik ini di hadapan khalayak ramai mengajak Siti Nordiana berkahwin. Gelagat Pakcik ini menghiburkan semua yang berada di situ. Alahai bukan hanya orang muda yang menyukai Siti Nordiana, yang berusia pun boleh jatuh sayang pada Siti Nordiana.
Jom tonton video di bawah :
@bulatansultanazlanshah Berani betul pakcik ni ajak Nana kawin 😂. The one & only Siti Nordiana di Bulatan Sultan Azlan Shah ❤️ @Siti Nordiana #bulatansultanazlanshah #PKNPk #fyp
♬ original sound – BulatanSultanAzlanShah@Meru – Bulatan Sultan Azlan Shah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ruginya tak datang.. aduh ingatkan ahad malam ct nordiana ni nyanyi.. lembut cantik full vote nana ABPBH.. “
” Haha macam ajak makan je pakcik tu ajak kahwin haha. Mantap pakcik living legend.. nana pun tergelak je, dalam hati cuak agaknya.. “
” Berani pakcik ye haha. Alhamdulilah, dh sihat dh pakcik nie… Lma pakcik nie sakit, klu x dlu sblm sakit mna2 evnt expo die mesti ada.. Cukup suka menyanyi… Semoga terus sihat pakcik.. “
” Pakcik tu memang macam tu dia saja melawak.. kami panggil pakcik k memang enjoi.. nana mantap betul persembahan, suara makin power.. “
” Hahah lawak pakcik tu.. sempoii lah ajak kahwin depan-depan haha.. memang steady pak cik.. tak rugi datang tengok nana nyanyi live.. best sangat.. “
” Berani ajak Nana kawin ye.. Langsung tak berani Nana lalu depan pakcik tu haha.. pakcik K ni haha. abang K maksud K tu kuat.. “
” Berani ajak nana kahwin, kelakar lah pakcik ni. ajak kawin depan-depan terus hehe.. nasib tak terkedu mader pakcik ajak kahwin.. “
Lawak sungguh gelagat Pakcik K tetapi semua juga faham pakcik ini hanya sekadar bergurau dengan Siti Nordiana. Ada selingan sebegini baru lah suasana menjadi ceria dan gamat. Apa-apa pun, semoga Siti Nordiana terus success dan berjaya menggondol gelaran Bintang Popular ABPBH tahun ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bulatansultanazlanshah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen