Artis / Selebriti
” Macam ade dua Abby, hehe. Baby makin besar makin cantik, copy muka Mama.. ” – Netizen
Abby Abadi Muatnaik Video Bersama Suami Dan Anak Perempuannya, Maria Danisha Curi Perhatian Warganet. Wah Danisha Pun Dah Ikut Shooting Sama Lah. Makin Cantik Dan Manis Danisha, Macam Mama Abby Sangat !!
Abby Abadi bukan nama asing bagi pencinta seni tanah air. Kisah kehidupan Abby juga antara yang menjadi sorotan media dan juga peminat. Meninjau entry terbaru Abby di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video bersama anak ketiganya, Maria Danisha Hakim.
Sebagaimana yang Abby maklumkan pada posting terdahulu, dia dan Danisha atau dipanggil sebagai baby menjadi selebriti untuk satu program masakan. Sedikit kesukaran untuk memasak di hadapan kamera, apatah lagi Danisha seorang yang pemalu. Lagi berganda-ganda kerja mama sepanjang sesi rakaman.
Menerusi video ini pula, gelagat Abby bersama Danisha ketika berada di dalam kereta ditunjukkan. Cerita Abby, shooting mereka semalam di Denai Alam. Sebelum ramai yang menegur, Abby awal lagi sudah membuat pesanan panjang di kapsyennya itu.

Dek kerana makan terlalu banyak dan tidak menjaga pemakanan, berat badan Abby kembali naik. Kata Abby, walaupun melakukan Bariatrik, jangan sangka boleh kurus dengan mudah. Banyak yang perlu dilakukan selain menjaga makan, perlu exercise okey.
Jom tonton video di bawah :
Baru beberapa jam dikongsikan, perkongsian oleh Abby ini telah pun merekodkan hampir 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baby makin besar makin cantik. suka lah tengok muka baby, manis lebih macam mama Abby masa muda dulu hehe.. ”
” Cantik baby, besar dah anak dara sorang ni. Wah baby shooting lah, mantappp.. ada pelapis mama ni nanti.. ”
” Lawak la baby ni, makin cantik dah besar, copy muka mama dia.. Macam mempelam pun still cantikkk mama abby.. MasyaAllah.. ”
” Adik baby makin besar makin cantik.. mama pun tetap cantik lah.. nampak gebu sesuai dh berat tu.. ”
” Cantik dah baby.. semoga menjadi anak yang solehah dan taat kepada Allah dan kedua orang ibu bapa.. ”
” Muka baby dah nampak seiras dengan anak memey yang perempuan tu kan.. macam kembar tapi lain tahun hehe.. ”
” Macam ade 2 abby hahaha comel je baby besar tu.. terus nampak sweet muka Abby dan baby.. pipi tu makin gebu, comel sangat-sangat.. ”
Berisi pada Abby, tetapi pada pandangan mata warganet comel sahaja. Danisha pula sangat cheeky apabila bergambar. Apa-apa pun, semoga Abby gembira selalu bersama keluarga dan Danisha berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen




