Artis / Selebriti
” Lunak suara Matin, kakak Thalita pun cantik bertudung.. ” – Komen Netizen
Video dua anak kepada pelawak Shuib Sepahtu, Thalita dan Matin menyanyi berduet di atas pentas dalam satu acara persembahan baru-baru ini curi perhatian ramai. Alahai sedapnya suara Matin, ada yang kata macam suara Akim Ahmad..
Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian video yang memaparkan Ariq Matin dan Thalita berduet di atas pentas telah meraih perhatian ramai. Tanpa perlu bergantung kepada nama besar ayah mereka, kedua-duanya membuktikan yang mereka juga memiliki bakat semula jadi dalam bidang seni.
Matin pula tidak kurang hebatnya. Dengan gaya bersahaja dan berkeyakinan, Matin berjaya menyampaikan lagu dengan baik. Ramai yang memuji suara Matin dan ada juga menyamakan wajahnya persis penyanyi popular, Akim Ahmad.
Selain itu , turut mencuri tumpuan ialah keanggunan Thalita yang tampil ayu dan sopan mengenakan tudung. Penampilannya Thalita ini cukup manis dan matang, walaupun masih muda. Kedua-duanya serasi apabila menyanyi berduet bersama.

Persembahan mereka turut ditonton oleh Shuib dan isterinya, Watie serta abang mereka, Uwais Alqarni yang duduk di hadapan pentas. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji bakat yang ada pada kedua adik beradik ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tp .. walaupun first time .. sdp tau suara matin .. lenggok tu ad .. merdu tu ad .. talita dh bnyk improve .. tp kn .. nk tnya .. uwais minatnya ap ..? mcm tk minat menyanyi uwaisnya .. “
” Budak budak kat depan tu tengah judge mummy menjerit ke.. Mantap,aunty tgk dr depan pentas tadi menghayati suara Thalita n Matin.. “
” Ehh..Akim dah mengecutlah, mcm Akim junior la Matin ni..so comel. Suara pun sedap. Kakak Thalita dah semakin mantap suaranya..cantik pulak tgk dia bertudung.. “
” Comel laa Thalita…semoga istiqamah ye syg tahniah Martin.. steady matin penuh dengan gaya.. kenapa aku yg nangis ni, comelnya matin.. “
” Iras muka akim ahmad. comel matin. good job.. Lunak matin.. kakak Thalita cantiknyaaaaaa pakai shawl cmtu.. Budak depan tu terkejut dengar suara mommy.. “
” Ingat siapa laa talita cantikkkk sangat PAKAI TUDUNG .comillll.. Hebat matin…..suaranya mmg mantap.. Skali tgk matin muka hmpir sma dgn akim.. “
” Muka matin dah mcm akim stacy.. Punya debor smpai tgn lagi sebelah hilang la.. thalita cantik bertudung mcm nie.. “
Bakat Matin dan Thalita pastinya diwarisi menerusi arwah ibu mereka, Siti Sarah Raissuddin. Kemunculan mereka mengubati kerinduan peminat terhadap arwah Siti Sarah. Semoga Matin dan Thalita menjadi seorang anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

