Artis / Selebriti
” Lucu betul, tak sangka Ajai masuk air macam ni. Rosak Ajai layan Lina Rina ni.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ajai berduet bersama Rina Nose di Big Stage Alpha buat ramai terhibur. Lain betul penangan lagu Hati Ini Telah Dilukai versi Rina ni. Ajai pun melayan masuk air Rina, berdekah Kak Lina gelak. Ajai betul-betul rosak..
Rancangan realiti TV, Big Stage Alpha antara rancangan kegemaran ramai. Gandingan hosnya, Kak Lina Pom Pom dan Rina Nose saban minggu menghiburkan penonton. Memasuki minggu ke 7, konsert semalam menyaksikan Kak Lina dan Rina kembali mengusik Ajai.
Ajai hadir sebagai juri dan kehadirannya membawa aura berbeza kepada Kak Lina dan Rina. Mereka sudah sering berkerjasama sebelum ini dan Ajai sangat arif dengan telatah Kak Lina dan Rina. Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Majalah Remaja, telah dimuatnaik moment Ajai diusik Kak Lina dan Rina.
Mengimbau kembali memori berduet bersama Ajai, Rina menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai secara spontan. Ajai pula mengundang ketawa ramai kerana sikapnya pada malam itu yang melayani sahaja permintaan Rina dan Kak Lina. Suara Rina sememangnya merdu dan disukai ramai.

Berbeza dengan tone asal lagu tersebut, nyanyian Rina kedengaran agak kelakar tetapi masih sedap. Ajai pula mengikut sahaja rentak dan cara nyanyian Rina. Ini membuatkan seluruh dewan riuh dengan suara ketawa penonton. Ajai memang sporting, reaksi muka dan lenggok suaranya itu membuatkan ramai yang geram mendengarnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia lupa dilukai ke haha. habiskan lah.. Abg ajai pls bawal rina rose n kak lina utk next konsert please.. “
” Seronok dengan dia orang ni menggeletis haha.. kalau ajai jadi juri baru lah hidup sikit stage hahahah lawak gilaaaa.. “
” Antara joke juri dan hos yang boleh diterima.. korang tengok kak lina punya reaction.. lucu betul.. tak sangka ajai masuk air macam ni.. “
” Kelakar Kak lina dan Rina ni spontan dan selalu lucu.. juri dengan host tak membosankan.. mengekek aku ketawa dengar rina berbalas-balas dengan ajai tu.. “
” Ajai dirosakkan oleh bigstage, tokram dirosakkan gegarvaganza haha.. berdekah semalam part ni.. aku perati je kak lina gelak.. “
” Masuk air juga ajai ni.. ajai pun layan, dekah lah.. muka aja tu tak boleh blah la.. Sedap tu sedap dh, ajai pun follow je last2 tu haha.. “
” Ajai rosak tu, siap oh baby lagi haha.. Ajai dh lama rosak sbb layan Lina Rina ni.. tak sangka betul ajai sporting masuk air macam ni.. memang paling lucu semalam.. “
Ajai sangat sporting melayan sahaja kerenah Kak Lina dan Rina, tidak hanya penonton di dewan tetapi juga penonton di rumah terhibur melihat telatah host dan juri ini. Host dan juri sama-sama menceriakan suasana dan menghiburkan semua penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, Tiktok Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

