Connect with us

Artis / Selebriti

” Love la dengan kamu orang, memang good friend best friends forever.. ” – Netizen

Alvin Chong Kongsi Gambar Bersama Emma Maembong Dan Bayi Emma. Wah Papa Alvin Datang Melawat Lagi, Komen Emma Pun Tarik Perhatian Peminat. Sampai Ke Situ Emma Planning Untuk Si Kecil Ni. Nama Baby Pun Cantik !!

Keakraban antara Emma Maembong dan Alvin Chong bukan lagi rahsia. Mereka yang selalu digandingkan dalam drama menjadi sahabat akrab dan sering berkongsi cerita bersama. Malahan sebelum Emma melangsungkan pernikahan Februari lalu juga, Alvin bijak menyimpan rahsia sahabat baiknya ini.

Meninjau akaun Instagram Alvin Chong, telah dikongsikan sekeping gambar Alvin bersama Emma dan bayi Emma yang dipanggil Alvin sebagai Shariq. Alvin juga sudah berkali-kali datang melawat bestfriendnya ini semenjak Emma selamat melahirkan si kecil ini.

Menggelar dirinya sebagai Papa Alvin, kemesraan sahabat ini menyenangkan hati peminat. Nampaknya Shariq ada ayah angkat yang penyayang dan handsome. Alvin turut menulis di kapsyennya bertanyakan pendapat ramai tentang cadangan hadiah yang sesuai untuk Shariq.

Untuk makluman, Emma selamat melahirkan cahayamata pertamanya pada 8 November yang lalu secara normal. Berita ini hanya diumumkan selepas seminggu kelahiran bayi berkenaan dan suami Emma sendiri iaitu Muhammad Shazli Azhar memaklumkan di Instagramnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

https://www.instagram.com/p/CH-K4AogHnl/

Banyak sungguh cadangan yang diberikan peminat tentang hadiah untuk Shariq ini. Tidak kurang juga yang mengusik Alvin supaya segera berkahwin. Antara komen-komen mereka :

” Papa angkat dh mai jenguk.. Shariq nak aunty la Papa Alvin.. then shariq nak bff juga macam mama dia ada bff..  “

” Botol susu ada signature alvin baru limited edition.. Cpt2 kawin lerr vin pastu cpt2 bg shariq bakal isteri.. “

” Buy baby milk, diapers or toys. Kalau baju nanti after a year dah tak muat.. Or stroller pun ok.. Baby Stroller yang selesa.. “

” Buy him a soft toy, can be his temporary teman. Zikir pillow or alquran pillow by babypian.. Boleh guna sampai besar.. “

” Bawa mama untuk baby Shariq, hahhaa.. alololo beby tomey tecikk.. emma pun nampak dah kurus la.. “

” Hye Daddy Alvin, hadiahkan mummy hahha.. Kawin cpt ambil anak emma buat menantu.. Shariq need friend like you Alvin.. “

” Wow really good of u Alvin. Love la ngan korang.. memang good friend BFF forever la korang ni.. “

Emma juga turut men1nggalkan komennya untuk Alvin. Wah mama Emma dah plan untuk Shariq jadi pelakon terkenal jugak nampaknya ini.

Bagus persahabatan Emma dan Alvin ini, sayang Alvin pada si kecil ini pun seperti sayangnya pada sahabat baiknya itu. Beruntunglah Shariq ada Papa Alvin yang macho dan pemurah seperti ini. Apa pun, semoga persahabatan Emma dan Alvin sentiasa berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alvin Chong, IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT