Artis / Selebriti
” Longlai terus Yusry tang ‘Erra Fazira’. Edry memang kuat menyakat, haha.. ” – Komen Netizen
Video Edry dan penonton menyakat Yusry di konsert GENKRU ketika menyanyi lagu Hi Hi Bye Bye buat semua terhibur. Edry siap bagi isyarat tangan suruh diam tetapi semua menjerit nama Erra Fazira. Lawak reaksi Yusry, pasrah member kena sakat lagi..
Konsert GENKRU telah pun selesai untuk 2 hari sebagaimana yang dijadualkan iaitu pada 3 dan 4 Mei 2025. Berbaki satu hari lagi sahaja iaitu pada 10 Mei nanti. Axiata Arena Bukit Jalil menyaksikan 9000 penonton menghadiri konsert KRU itu dan ianya sambutan yang sangat luar biasa.
Banyak lagu yang dinyanyikan oleh Trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry ini sepanjang konsert berlangsung. Selain lagu nyanyian asal mereka sendiri, KRU turut menyanyikan lagu ciptaan mereka berjudul Hi Hi Bye Bye yang dipopularkan oleh Ezlynn.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok T3risita dan Tiktok Jannahjalidar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan salah satu moment meriah yang terjadi ketika konsert malam kedua semalam. Lirik lagu Ezlynn ini ada terpalit sama nama Erra Fazira dan ianya menjadi bahan usikan kepada Yusry.

Walaupun prompter yang disediakan di hadapan pentas mengosongkan ruang lirik nama Erra Fazira, tetapi penonton tetap menyanyi dan menjerit nama Erra. Comel sahaja gelagat spontan Edry menyuruh semua penonton diam. Reaksi Yusry lagi lah membuatkan semua terbahak ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@t3risita Replying to @Madihehehe tapi day2 kru takde ulas part ganti name erra ke Lisa tu 🫢 fans pelagi kuaa jerit part erra fazira #kru #genKru #kruconcert #day2 #kruBros #stadiumaxiatabukitjalil
@jannahjalidar Part “Erra Fazira” terus Yusry buat muka mcmni 🙄+😜 #genkru #kru
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tapi yang excited si edry hahahaha bile audience sebut erra fazira haha.. suka betul menyakat yusry.. Edry paling cheeky.. “
” Eleh yusri suka la tu.. tersnyum tersipu2.. Yusry geleng kepala senyum tersipu dalam hati mesti siaplah edry lepas konsert nanti haha.. “
” Aku yang ktwa sndiri tgok yusry.. snyum trsipu2.. longlai terus yusry tang ‘erra fazira’.. Edry memang kuat menyakat.. “
” Semua fans dah ready dengan baris penting.. sama naik semua dengan edry menyakat Yusry haha.. dekah betul.. “
” Part ni ulang2 byk kali suka tengok haha. lirik tu mmg dlm kepala la .. da mmg utk dia.. tukar or diam mcm x kena.. rasa lisa pun ok je.. just lirik lagu yg lama je.. “
” Edry yg buat lirik ni..msa lagu ni tgh hit erra dgn yusry tgh hangat bercinta.. lisa pun no hard feeling la rasanya.. dia pun sejenis sporting juga.. Kut Lisa pun jerit nama TUU jg hehe.. “
” Haha memang syok tengok masa ni, lagi kuat semua sebut Erra Fazira.. prompter tu pun isi tmpat kosong part erra fazira.. “
Semua sporting dan sepakat menjerit nama Erra Fazira . Edry punya kerja lah ni, teruk Yusry kena bahan semasa konsert. Apa-apa pun, itu sememangnya lirik lagu asal dan sekadar gurauan semata-mata. Semoga pembaca juga ikut terhibur menonton video perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Teresita, Tiktok Jannahjalidar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 hour ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

