Artis / Selebriti
” Lisa ni one in a million, isteri dari syurga. Layanan istimewa untuk suami, hebat Lisa.. ” – Komen Netizen

Video moment ketika Lisa Surihani membantu Yusry Abdul Halim bersiap di belakang pentas Konsert GENKRU raih pujian ramai. Contoh terbaik isteri siapkan suami. Isteri mithali sangat Lisa ni, untung Yusry..Β
Konsert GENKRU telah pun berakhir dan KRU menerima 2 pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record. Ianya juga satu kejayaan untuk KRU kerana walaupun setelah sekian lama mereka tidak membuat konsert, konsert mereka mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.
Di sebalik kelancaran persembahan trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry, mereka turut dibantu oleh ramai kru dari segi persiapan pakaian dan pentas. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shaannzzdr_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di belakang pentas ketika KRU sedang bersiap untuk persembahan seterusnya.
Untuk Yusry, dia bertuah kerana isterinya, Lisa Surihani setia menemani dan membantu sehabis daya agar semuanya berjalan dengan lancar. Menerusi video ini, kelihatan Lisa membantu Yusry memakai baju dan turut mengelap wajah Yusry yang dibasahi peluh.
Cara Lisa melayani Yusry itu meraih pujian ramai warganet. Sehabis baik Lisa sebagai isteri berkhidmat untuk suami tercinta. Memetik komen warganet, Lisa adalah isteri kurniaan terbaik yang Allah berikan kepada Yusry. Selamanya Lisa suri dalam hati Yusry.
Jom tonton video di bawah :
@shaannzzdr_ so sweet ππ semoga kekal ke jannah.. #kru #yusri #lisasurihani #konsert #genkru #sweet
β¬ original sound – Mr. Memories – Mr. Memoriesπππ
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Untungnya Yusry dapat Lisa Surihani.. nampak dari gerak laku dia melayani Yusry.. dia isteri yang baik.. itulah yg sebaiknya. isteri menyiapkan suami, bukan org lain.. “
” Baguslah wife dia…. Allah dAh beri suri yang terbaik untuk yusry… tetaplah Lisa Surihati Yusri smpai bila-bila.. lisa pnya take care mcm mak2 siapkan ank buat persembahan.. sweet sgt.. “
” Bila tengok lisa denGan Yusri. teringat pulak arah Siti Sarah Gan Suib.. isteri dari syurga.. Layanan istimewa untuk suami.. Hebat Lisa.. “
” Lisa ni 1 in a million.. Lisa Surihani team work suport suami dia.. Ini lah org ckp di sebalik kejayaan suami ada isteri yg terbaik.. “
” Bagi lisa dream come true tu.. sebab dia peminat yusri dari dulu lagi.. seronoknya tgok pasangan Yusri dgn Lisa.. bahagia saling melengkapi.. “
” That phrases β¦βTanpa isteriku, aku tidak seberjaya iniβ .. terbaik lisa jaga yusri on top.. terbaik dapat wife supportive macam ni.. “
” Lurve sgt lah sikap Lisa as isteri kpd sorg selebriti. wpun dia sendiri sorg selebriti terkenal juga, tp as isteri dia lebih utamakan suami drp title dia sbg artis ternama. Sempoi dan sgt supportive.. “
Tumpang bahagia warganet melihat cara Lisa melayani dan membantu Yusry sepanjang konsert berlangsung. Setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita di belakangnya. Semoga Yusry dan Lisa sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sampai ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shaannzzdr_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen