Artis / Selebriti
” Like bagi la 1 juta. Fattah Amin je you all bagi.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza berceloteh sambil memasak ketika sedang live buat warganet terhibur. Tokti minta likes 1 juta macam Fattah Amin, siap nak merajuk lagi. Dapat 1 juta, terus bye bye. Alahai Tokti, hehe..
Dato’ Sri Siti Nurhaliza adalah penyanyi kesayangan ramai. Personalitinya yang selalu merendah diri, pemurah dengan senyuman dan mesra dengan semua peminat membuatkan DS Siti masih relevan sehingga sekarang dan digelar sebagai penyanyi nombor 1 negara.
Meninjau entry di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat DS Siti sedang memasak di rumah. Sesi live ini ditonton oleh ramai viewers kerana asyik melihat aksi lincah DS Siti memasak. DS Siti melihat angka likes yang didapatinya ketika itu lantas mengatakan dia mahukan likes 1 juta.
Sambil tertawa, DS Siti mengatakan asyik Fattah Amin sahaja yang mendapat likes setinggi itu daripada warganet. DS Siti juga memuji masakannya dan mengatakan jika peminat dapat merasa air tangannya, tentu akan berpuas hati makan. Tengok dalam live sahaja pun sudah nampak menyelerakan.
Tidak hanya live ketika berada di dapur, DS Siti turut menunjukkan telatah Afwa yang sedang belajar berenang. Tidak lama selepas itu, jumlah likes 1 juta dicapai dan DS Siti segera mengakhiri live tersebut kerana DS Siti mempunyai tetamu yang perlu dilayani.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Penyanyi no1 pun sentuh kuali. Ko tak sentuh kuali, nak hantaran rm15k.. Pegang kuali pun cantik…. time bila agaknya xcantik. Love tokti.. “
” Tokti mmg rajin masak walaupun kaya, ade org gaji.walaupun penyanyi nmbr 1, tetap msak ye. Perfect 10 lah tokti ni.. “
” Live memasak je yaaaa. Kemain smpai 10k yg tgok live nya.. Ketawa pun merdu. Aku ketawa serupa bunyi hantu mengilai. Kadang sendiri takut.. “
” Ohhh toktiii dahh pancinggg nak like 1jutaa .. terus diakhiri dgn byeee ehhh .. paiitiiii haha.. “
” Untung la tokti buat live sambil masak dgn dato siti, bukan senang wooo.. kalah fattah mcm ni.. “
” Dah dapat 1 juta terus end live.. lawak lah tokti ni. Aku antara penyumbang.. yg best siap Ctdk baca komen aku.. yg mkn bihun n keropok tu.. “
” Alahhh Dato’ CT ni bg lerrr kat Org lain pulak merasa. fattahaminz sudah sape lg nk kena Up haha.. lawak la tokti ni.. “
” Sorilah tokti, like yg fattah hari 2 pn masih lenguh jari jemari ni.. haha.. memang kelakar tokti ni.. mengekek kita tengok live tokti sampai abis.. “
Boleh tahan lawak juga DS Siti ini, walaupun hanya berseloroh ianya mencuit hati semua. Kalau DS Siti yang seru, bukan setakat 1 juta likes, 2 juta likes pun tentu boleh dicapai. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen