Artis / Selebriti
” Lihat dari raut wajah Tuan Fattah agak sayup. Memang bukan satu tugas yang mudah.. ” – Pak Mat Western

Perkongsian sempena hari pertama Fattah Amin rasmi sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western raih perhatian. Wah Boss Fattah dan masuk office lah. Ada yang ingat gimik sebelum ini..
Beberapa hari yang lalu, pengurusan Pak Mat Western telah pun memaklumkan yang mereka telah melantik pelakon dan juga digelar duda hot masakini, Fattah Amin sebagai salah seorang staff baru Pak Mat Western. Fattah ditawarkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran.
Besar harapan dari pihak Pak Mat Western agar Fattah dapat memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya ini. Pihak pengurusan Pak Mat juga menyediakan satu bilik pejabat khas untuk Fattah bagi memudahkan Fattah membuat segala perancangan dan urusan yang berkaitan dengan syarikat.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Fattah bersama beberapa orang staff Pak Mat iaitu Beymad, Izz, Una dan Icha. Ianya adalah majlis menandatangani surat perjanjian atau kontrak kerja antara Fattah dan syarikat Pak Mat Western.
Majlis ini turut disertai dengan bacaan doa oleh Beymad sendiri dan ianya permulaan yang baik untuk Fattah menunjukkan kebolehannya dalam bidang pemasaran. Raut wajah Fattah menggambarkan berat tanggungjawab yang perlu digalas, namun ramai yang yakin Fattah mampu membawa perubahan ke arah yang lebih baik.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulilah.. Semoga dipermudahkan urusan bamTah dlm menjalankan tanggungjawab, dimurahkan lg rezeki dariNya.. fly high fattahaminz and PMW.. “
” Dia ada degree memang layak jawatan tu. semoga ada pembaharuan …. Alhamdulillah, Fattah mampu membantu Pak Mat Western.. Insha Allah.. “
” Alhamdulillah.. Semoga fattahaminz dapat melaksakan tanggungjawab sbg Chief Marketing Officer dgn cemerlang dan dapat membawa jenama PMW pakmatwesterncafe to greater heights in term of marketing or services. Semoga dipermudahkan segalanya utk Fattah & Team PMW.. “
” Semoga fattahaminz dpt bawak perubahan yg lebih mantap dari segi servis jugak ye InshaAllah.. all the best diktah.. “
” Allah angkat doa ibu & ayah Encik fattahaminz setinggi langit…masyaAllah di dunia mmg kena ‘penat’ skit… InsyaAllah semoga dipermudahkan. Fly higher.. “
” Bukan gimik ya memang betul-betul.. Terrbaikkkk, semoga dipermudahkan urusan fattah dan team pakmatwestern.. semoga Fattah buat pembaharuan untuk pak mat.. “
” Kali ni tak lagi pegang watak boss dalam lakonan mr cinderella.. Dah pegang betul-betul tanggungjawab tu.. “
Tentu Fattah bakal berhadapan dengan pelbagai isu semasa dan luahan daripada customer Pak Mat selepas ini. Semoga bakal ada pembaharuan yang boleh menambahbaik service dan mutu makanan Pak Mat hasil idea daripada Fattah nanti. Sama-sama kita doakan agar Fattah berjaya dalam amanah yang diberikan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwestern
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen