Artis / Selebriti
” Level dia masuk air buat kelakar memang siapa pun tak boleh lawan lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Elly Mazlein bersama human standee gambar Que Haidar di Jakel buat ramai terhibur. Amboi, bukan main lagi Jakelina yer, tapi kapsyen last tu memang kelakar. Tahu pun takut dengan Cikgu Azlan, haha..
Umum mengetahui yang Elly Mazlein merupakan salah seorang duta butik terkenal, Jakel. Telatah Elly dalam membuat video promosi sebelum ini sering mencuit hati ramai dan membuatkan penonton tidak kering gusi melihat gelagatnya yang lucu dan bersahaja.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Elly bersama human standee gambar Que di Butik Jakel. Menerusi video itu, kelihatan Elly begitu teruja membawa human standee itu sambil tersenyum dengan pelbagai gaya yang mencuit hati.
Selain itu, video tersebut turut memaparkan gelagat spontan Elly yang membuatkan peminatnya semakin terhibur. Pelbagai ekspresi dan reaksi lucu ditunjukkan ketika Elly memegang gambar Que, itu menambahkan lagi kelucuan video tersebut.

Selepas menonton video tersebut, warganet meluahkan rasa terhibur dengan gelagat Elly. Mereka berseloroh bahawa gandingan Elly bersama Que Haidar nanti pasti akan menjadi fenomena luar biasa kerana kombinasi mereka dilihat membawa kelainan dan bakal mencuri perhatian ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton telatah Elly dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Level dia masuk air buat kelakar memang siapa pun tak boleh lawan lah, haha.. Jakelina terpalinng no syatu.. “
” Dia buat dah, haahaha buat hal betul kepom.. Amboi punya lah tak sabar yer nak jumpa Abg Jamil yer, hahaha.. “
” Cikgu… tengok kakak Lina ni. Ambooiii biasa dia eh.. Lawak lah tengok dia suap biskut dekat patung Que, mengekek gelak.. “
” Kene pggil cikgu jd duta jgk ni. Bia kepom behave sikit. Hheheh.. Jakelina no syatu dpt jmpa bam jamil dulu dr majmuk. Mna aciiii cmni.. “
” Aduhaiiilahh dia ni.. Aku peratiiiii je si Jakelina ni….. Kembang kempis idung aku menahan geram, hahahaa.. “
” Adoiii die dah buat dah.. Ni bergabung 3 harulah dalam jakel tu.. Riuh rendah habis nanti.. Mesti meriah lah, hehe.. “
” Jangan tukar nama jakelinajamilah pulak lepas ni eh kak kepom hahaha nanti cikgu geografi merajuk menyorok balik pokok kang.. “
Ramai juga yang menyatakan keterujaan mereka menantikan kemunculan duo ini dalam kempen Jakel. Gelagat manja dan bersahaja Elly yang dipadankan dengan karisma Que Haidar dijangka menghasilkan kolaborasi yang unik dan menghiburkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

