Artis / Selebriti
” Lepas mengaji kat masjid adik-adik ni naik basikal datang.. ” – Khairul Aming
Video Khairul Aming melayan peminat-peminat ciliknya yang datang ke restoran untuk mendapat tandatangannya. Alahai bukan main seronok lagi adik-adik tu dapat tandatangan KA, siap ada ucapan lagi..
Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila berjaya membuka sebuah restoran baru yang dinamakan Rembayung. Pembukaan restoran ini sangat istimewa kerana ia menjadi simbol kepada usaha gigih serta pencapaian Khairul Aming sepanjang pembabitannya dalam dunia perniagaan dan media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Khairul Aming, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan kehadiran beberapa orang kanak-kanak di restorannya. Menerusi ruangan kapsyen, Khairul Aming mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut datang ke restoran itu sejurus selesai mengaji di sebuah masjid semata-mata untuk bertemu dengannya dan mendapatkan tandatangannya.
Apa yang lebih mencuri perhatian adalah telatah kanak-kanak tersebut yang kelihatan begitu teruja dapat bertemu dengan Khairul Aming. Keikhlasan dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka mencerminkan betapa Khairul Aming menjadi figura yang turut disayangi serta dikagumi oleh golongan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, di akhir kapsyen, Khairul Aming turut menitipkan kata-kata harapan agar semua kanak-kanak tersebut terus rajin belajar dan membesar menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan. Sikap prihatin dan rendah diri yang ditunjukkan oleh Khairul Aming jelas memperlihatkan nilai murni yang sentiasa diterapkan dalam setiap perkongsiannya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dik, akak takpernah pun terpikir bagi mengubat luka takdapat makan kat Rembayung, autograph is enough. Membesarlah dengan akhlak yang baik dan semoga berjaya dunia akhirat.. “
” Hebat KA, peminat Dari kecik sampai dah berumur, semua minat dia.. Simpan tau dik kertas tu. Jangan jual pulak, hehe.. “
” Tetiba terigt citer upin ipin…Mail nk amik sign Deejay Radio (dlm episod tuh abg salleh deejaynya)utk jual dua singgit… Haha.. “
” Kemainnnnn korang kannn, pandai cari idola. Nnti frame kertas tu tau. Semoga berjaya macam KA. Aamin.. “
” Esok budak2 ni ajak kwn dia yg lain , kang Rembayung penuh dgn sign slot saje ngalahkn booking yet, simpan elok2 masuk frame dik.. “
” KA ni sgt disayangi…. Budak-budak happy jumpa KA, diorang pun faham diorang bkn ke situ untuk makan… “
” Vibe KA & Rembayung ni mmg lain lah..ada mcm feeling balik kg.. Balik malam raya.. Syahdu..happy.. Excited.. Mewah but humble.. “
Perkongsian video tersebut telah menerima ribuan komen serta puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis. Rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan terharu melihat layanan mesra Khairul Aming terhadap peminat ciliknya, sekali gus menjadikan momen tersebut sebagai satu perkongsian yang penuh inspirasi dan nilai positif.

Sumber : IG khairulaming
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

