Viral
” Lepas dia tiada, jalan kat UPSI rasa kosong.. ” – Zamani (Sahabat Adib)

Luahan hati sahabat baik arwah Adib Hazim (UPSI), Muhd Zamani setelah lebih sebulan berlalu undang sebak ramai. Begitu banyak kenangan dan perkara yang dipelajari menerusi persahabatan bersama Adib..
Meninjau ke akaun Tiktok Syazwan, perkongsian luahan hati sahabat baik arwah Muhammad Adib Hazim iaitu Muhd Zamani selepas pemergian Adib telah mengundang sebak ramai orang. Jika anda masih ingat Adib merupakan salah seorang mangsa kemalangan bas di Gerik yang mengorbankan 15 nyawa.
Menurut Zamani, Adib merupakan sahabat yang sangat baik. Banyak perkara yang dilakukan oleh mereka bersama-sama. Antaranya ialah makan bersama, pergi cafe, pergi kelas, jogging petang, lepak malam dan banyak lagi. Pendek kata, mereka selalu berdua.
Apabila Adib pergi, Zamani amat merasai kehilangannya kerana tiada lagi sahabat yang selalu bersamanya. Zamani meluahkan rasa rindu terhadap sahabatnya kerana kini dia melakukan apa sahaja berseorangan tanpa kelibat Adib lagi di sisinya.
Zamani turut berkongsi beberapa keping gambar kenangan bersama Adib yang pasti sangat menyentuh hati apabila membaca setiap kapsyen pada gambar tersebut. Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Ya Allah…kenapa coretan kau buat akk sedih dik?derasnya air mata akk kluar al fatihah utk adib & semua sahabat upsi.. “
” Assalamualaikum.. Al-Fatihah (baca) untuk arwah Muhammad Adib Hazim…sedih kisah ini…semoga sahabat Adib tabah dan kuat…semoga diberikan ketenangan jiwa…rawat rindu itu perlahan -lahan… “
” Aku xleh baca caption bg habis sebab sakit sangat bila kita hilang org yg kita sayang.. Semoga tenang di sana. Al Fatehah buat anakanda Adib. Tiada kesedihan dan kesakitan buatmu lg.. “
” Dr cite sahabat ini, Almarhum adalah seorg yg tinggi budi pekerti. Mjaga sebuah psahabatan. Rasa ingin tsenyum apabila Muhd Zamani bkata bhw Almarhum seorg yg penakut. Hatinya begitu lembut dan penyayang.. “
” Akak masih nangis setiap kali baca psl arwah adib..susah nk move on..entah lah dik,,sgt rs kehilangan walau xkenal..semoga syurga utk Adib..rs mcm hilang adik sdri.. “
” Al Fatihah utk ank syurga.. Beruntungnya awk dpt bersahabat dgn arwah.. Sama2 kita doakan semoga muhd adib hazim diklgan org beriman.. Amin3.. “
” Ingat dah boleh nak move on dari kisah UPSI insyaAllah redha takdir Allah.alih-alih lalu pulak video ni.redha namun tersentuh tengok kenangan hayat anak-anak UPSI ini.antara kematian yang banyak mengusik hati-hati yang lalai terutama hati yang menaip ini.. “
Antara perkongsian gambar lain :
Ternyata pemergian Adib meninggalkan kesan mendalam buat rakan-rakan yang amat menyenangi kehadirannya sepanjang berada di kampus. Walaupun jasadnya telah pergi, semangat dan inspirasi yang ditinggalkan akan terus hidup dalam ingatan semua yang mengenalinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syazwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen