Connect with us

Artis / Selebriti

” Lembutnya bercakap. Orangnya classy, lemah lembut dan sangat humble.. ” – Netizen

Video Temubual Bersama Adinda Sultan Kelantan, YAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri Raih Perhatian Warganet. Alahai Boleh Cair Dengar Tutur Kata Tengku Amalin Ni, Lemah Lembut Sangat. Part Tengku Cerita Naik Unta Tu, Lawak Juga Tuan Puteri Ni !!

Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra merupakan puteri kepada mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sulyan Yahya Petra dan adinda kepada Sultan Kelantan sekarang, Sultan Muhammad V.

Tengku Amalin telah melangsungkan pernikahan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, anakanda saudara Sultan Brunei di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan pada 27 Jun 2013.

Klik gambar untuk info..

Pernah menjadi majistret, Tengku Amalin kini menetap di Brunei bersama suami dan 3 orang cahayamata. Meninjau akaun Tiktok Muazmangga, telah dikongsikan satu video temubual yang memaparkan Tengku Amalin bercerita mengenai kisah hidupnya.

Seorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan kulit yang putih gebu, suara Tengku Amalin menjadi perhatian warganet. Kata-katanya tersusun dan diungkapkan dengan cukup lembut membuatkan ramai warganet yang suka mendengar perbualannya itu.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@muazmangga

DAULAT TUANKU #tengkuamalinaishahputri #kelantanroyalfamily #malaysiaroyalfamily

♬ original sound – معاذ مڠݢ – معاذ مڠݢ

Sehingga kini, lebih 19 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tengku Maharani Putri Tengku Amalin Aishah isteri kepada Pengiran Muda Abdul Qawi, anakanda saudara Sultan Brunei. lembutnya bercakap, bila la aku nak jadi lembut macam ni.. ”

” Wowww first time dengar kerabat yang bercakap melayu tak pelat omputih hehee.. Masa kecik Comey.. kini makin cantik.. ”

” Dulu tengok tengku chubby sekarang tengok dah lain. makin lawa.. walaupun dh ada anak 3 puteri dan 1 putera tapi tetap slim & maintain.. ”

” Tetap maintain comel tak berubah Tengku Amalin ni.. Junior saya di UIA dulu. Humble sangat walau dia puteri raja.. lucu jugak Tengku Amalin ni, cover line takut hehe.. ”

” Kalau ada majlis makan-makan di istana, suami awal-awal lagi pesan, pakai biasa-biasa je ye. sb puteri raja pon pkai biasa2, humble je.. ”

” Dalam ramai-ramai puteri, paling suka dengan Ku Lin. Orangnya classy dan lemah-lembut, sangat humble. Mekap pun subtle tak brlebihan.. ”

” Comel nya, lemah lembut pulak tu Tengku Amalin ni. Cantiknya Tengku. Lemah lembut, suara original Melayu takde slang orang putih.. ”

Klik gambar untuk info..

Puteri raja yang masih tetap merendah diri dan disenangi ramai. Semoga Tengku Maharani Putri Tengku Amalin Aishah sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan dan kegembiaan yang berkekalan bersama suami dan anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Muazmangga

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT