Connect with us

Artis / Selebriti

” Lembut lagi badan Hadie daripada penari. Surprisingly sepanjang lagu dia gelek eh, powerlah Hadie.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hadie di semi final Talk To My Manager buat ramai terpegun. Fuh memang all out Hadie bawa lagu dangdut. Gelek tu paling power, sampai semua manager pun ikut bergelek sama. Lembut betul badan Hadie.. 

Pentas separuh akhir Talk To My Manager berlangsung semalam begitu meriah sekali dan semua peserta memberikan persembahan yang terbaik. Salah seorang yang dinanti-nantikan pastinya anak Ina Naim, Hadie Elfardie. Untuk konsert semi final ini, Hadie membawakan lagu genre dangdut.

Ianya satu kerisauan untuk Ina kerana Hadie perlu menari tetapi ternyata Hadie membuatkan seluruh MBSA dan juri terperanjat dengan gelekkannya. Lagu Yang Penting Happy dendangan asal Jamal Mirdad menjadi pertaruhan Hadie dan ibunya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hadie semalam. Dari awal sehingga akhir, Hadie menghiburkan semua yang berada di dewan dengan suara jantannya dan goyang gerudi yang power.

Dato’ AC Mizal dan Che Puan Sarimah juga terpegun dengan kemajuan Hadie kali ini. Tidak hanya juri, manager-manager yang lain turut sama bergelek sepanjang Hadie menyanyi. Bak kata CP Sarimah, Hadie ada pakej dan bakat yang boleh diketengahkan. CP Sarimah juga memuji Hadie dan Ina kerana sikap mereka yang tidak melayan kecaman netizen.

Jom tonton video di bawah :

Lebih seribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dangdut sopan & alim.. Lembut rupanya badan budak ni hahaha apa pun menang terbaik laa Hadie.. surprisingly sepanjang lagu dia gelek eh.. Aunty tergelak xboleh control dik. Lembut sgt ni . all the best .. all out mlm ni.. “

” Nampaknya kena buat lagu dangdut kot… sesuai.. Hahahaha lame2 makin rosak hadie ni hahaha baik² mcm bdk nasyid. Da jd gile² same ngan ammar hahaha mule2 serious. ape² pon korg terbaik!!! Akak enjoy hahaha.. “

” Sedap suara hadie dn sopan je geleknya.. Siapa sangka kan hadie.. dari kaku jadi terbaik.. hadie malam ni mantap.. Aku rasa lepas habis program ni.. Hadie lah yg akan glamour dan menonjol.. “

” This is the besttttttt from hadieeeeee.. Yg kat tepi pentas tu ponnn haha.. memang pesta belut erk mlm td.. Lembut lagi badan hadie daripada penarii.. “

” Dangdut paling beriman saya pernah tonton.. Hadie best mlm ni ehhh… standing ovation dato ac n che puan.. Hadi mesti mak dia bagi minum soflan boleh lembut tu.. All the best dik final nanti.. “

” Lembut pinggang dia weii.. perempuan pun belum tentu dapat buat.. Yg bestnya semua ambik pot masing2 gelek dgn Hadie mcm dh naik syeh ulang2 lagu penangan gelek Hadie yg slayyyyy.. “

” Aduhh org suruh gelek hadi yg awk jd lembut knpa atas tu hahahaha.. tp enjoy jugak lahh cuma aku tgok smbil rasa cringe.. Aku nk tergelak tgk hadie ni teringat gelagat dia dgn odah dan ammar.. mesti hadie banyak practice dance dangdut ni je kan.. “

” Dulu ingat.. hadie ni mesti alan malu2.. kayu.. tp sangkaan ku salah belaka.. hadie meningkat setiap minggu bak kata CP sarimahibrahim.. “

Hadie membuktikan dirinya memang berbakat. Setiap minggu menyanyikan genre lagu yang berbeza dan persembahan dangdut ini paling wow daripada Hadie untuk semua. Semoga Hadie dapat membuat persembahan terbaik di pentas final TTMM pada minggu hadapan. Terus semangat Hadie untuk satu kejayaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, IG Astro Gempak, IG Hlive 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak