Artis / Selebriti
” Lemah lembut je arwah berkata-kata pada anaknya, sejuk je dengar.. ” – Netizen
Video Throwback Pesanan Allahyarham Hamdan Senario Kepada Anak Perempuannya Buat Ramai Tersentuh. Lembut Je Arwah Cakap, Sebak Pula Dengar Suaranya !!
Beberapa hari lalu, industri seni tanah air menerima khbar duka apabila pelawak Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli atau lebih popular dengan nama pentasnya Hamdan Senario disahkan men1nggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Pemergian anggota kumpulan Senario itu disahkan oleh rakannya, Azlee Jaafar. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Ipoh dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun. Antara yang hadir adalah anggota kumpulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Mazlan, Yassin, Saiful Apek, dan Ilya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era telah dikongsikan satu video yang memaparkan Allahayarham Hamdan sedang memberikan beberapa pesanan dan nasihat kepada anak perempuannya. Difahamkan video ini diambil daripada akaun TikTok anak Allahyarham Hamdan sendiri iaitu Natasya.

Menerusi video itu, kedengaran Allahyarham Hamdan meminta Natasya untuk mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 1000 kali setiap hari dan selawat Jibrail agar segala urusan sentiasa dipermudahkan. Perkongsian ini menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata menyukai video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lemah lembut je arwah berkata-kata pada anaknya, sejuk je dengar.. Betul selawat jibrail ni ape yang kau nak, insyaallah akan tertunai.. “
” Secara tak langsung video arwah ini akan pahala kerana kita mula amalkan.. Al fatihah untuk arwah Hamdan.. Tak hairan lah kalau arwah meninggal hari jumaat.. “
” Kt sini kita faham.. Ape yang amalan arwah hingga arwah dimuliakan dengan perginya pada hari jumaat yang mulia.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. “
” Dalam kelembutan dia beri nasihat nampa ada ketegasan di dalamnya.. Sempat lagi berjenaka ujung2 tu.. Al fatihah untuk arwah.. “
” Tak tau lah.. Tapi sebak dan sangat menusuk.. Dapat jawpaan untuk selawat tu.. Semoga Allah tempatkan di tempat yang paling mulia di sisiNya.. Amin.. “
” Alhamdulillah perkongsian yang sangat baik.. Semoga pahala terus mengalir buat arwah.. Sebak sebenarnya tengok video ni.. Nampak arwah bapa yang sangat penyayang.. “
” Kalau anak pompuan rapat mcm nie dgn ayah percayalah bahawa ayahnya paling terbaik buatnya.. Al- fatihah buat arwah Hamdan.. “
Kasih seorang ayah yang mahukan segalanya yang terbaik buat anak-anaknya. Pesanan dan amalan Allahyarham Hamdan ini membuat ramai tersentuh. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga Allhyarham Hamdan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.jer, TikTok dawns0n
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil



