Artis / Selebriti
” Lama tak nampak Shafik, cerita wajib masa dulu.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Pelakon Cili Padi, Nik Fariz Nik Fadzil Yang Memegang Watak Shafik Raih Perhatian Ramai. Wah Drama Legend Ni. Mengimbau Kenangan !!
Pada yang membesar pada tahun 90 an pastinya masih ingat dengan drama bersiri Cili Padi yang dilakonkan oleh beberapa pelakon hebat. Antaranya ialah Melissa Saila, Tam Suhaimi, Anne Ngasri dan Jaafar Onn. Namun pastinya anda masih ingat dengan watak Shafik yang dilakonkan oleh Nik Fariz bin Nik Fadzil.
Ketika berlakon cerita Cili Padi ini, Nik Fariz baru berumur 10 tahun. Nik Fariz merupakan seorang kanak-kanak yang chubby dan gelagatnya dalam drama tersebut amat menghiburkan. Sudah sekian lama berlalu inilah rupa Shafik yang terkini.
Gambar terkini Nik Fariz ada dikongsikan di dalam satu akaun TikTok atas permintaan ramai. Nik Fariz kini bukan lagi seorang pelakon dan sudah meningkat dewasa. Wah, betapa cepat masa berlalu. Rasa seperti baru sahaja menonton drama tersebut.
Drama ini sememangnya mengembalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak. Lagu drama Cili Padi ini juga menjadi fenomena pada masa itu. Kini kesemuanya pelakon drama Cili Padi sudah mempunyai kehidupan dan haluan hidup masing -masing.
Jom tonton video di bawah :
@anjebabyabgsyamsul Membalas kepada @mrschetaa_88#artismalaysia #90sthrowback #90s #binafshasweet #norainibasreshop #norainibasre #nikfariz #cilipadi #drama
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gambar terkini Shafik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sekejap je masa berlalu.. rindu betul zaman ni.. tahun 1993 cerita cili padi ni umur sis baru 9tahun.rindu zmn kecik dulu.. “
” Cilipadi pada asalnya drama dalam slot cerekarama yg disiarkan lewat tahun 93 ..tahun berikutnya Nizarman keluarkan siri Cilipadi.. “
” Cili padi part 2 please.. umur dia dh 30lebih kan?93 pun aku tk wujud lgi.. 2thn lpstu baru ada.. tp ad tgk cili² padi msa kcik².. “
” Allah.. rindunya zmn kcik dlu.. allah trus sebak rasa hati.. rindu arwah ayah.. kami skluarga suka cite cli padi ni.. rindu suasana dok rmi2 tu.. “
” Syapik dah pandai rap ke blum ? terasa tua lak aku.. haha peminat cili padi.. min tlng cari blk pelakon² sitcom cili padi.. “
” Lama tak nampak syafik.. membesar dengan cerita cili padi.. adik2. tengok la ramai geng 80an 90an komen sini.. Best zaman ni.. “
” Cerita wajib masa dulu… tak pernah tinggal…skrg dah besar semua dah diorg.. cerita feveret kite mase kecik. kite sebaya ngan Lily.. “
Jika drama ini diterbitkan semula, pastinya ramai peminat ingin melihat kembali pelakon yang sama bersatu kembali. Tetapi semestinya impak dramanya berbeza berbanding dahulu kerana dahulunya semua pelakonnya masih kanak-kanak dan comel.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Anjebabyabgsyamsul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq