Artis / Selebriti
” Lama tak nampak dua beradik ni. Lawanya Raja Nazira, Raja Azlan pula handsome.. ” – Komen Netizen

Video Penampilan Terbaru YAM Raja Azlan Muzzaffar Shah dan YAM Raja Nazira Safya Ketika Di Majlis Sambutan Kemerdekaan Negeri Perak. Handsomenya Raja Azlan, Ada Yang Kata Macam Muka Pelakon Thailand. Raja Nazira Pun Dah Besar, Makin Cantik !!
YAM Raja Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan YAM Raja Nazira Safya Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merupakan putera dan puteri kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Dua beradik diraja ini memiliki raut wajah yang kacak dan cantik mewarisi ayahanda dan bondanya. Jarang wajah putera dan puteri ini dapat dilihat di media sosial, namun ketika sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak, kelibat Raja Azlan dan Raja Nazira dapat dilihat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Raja Azlan Muzaffar Shah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Raja Azlan dan Raja Nazira ketika melihat perarakan kemerdekaan. Raja Azlan yang berkulit putih semakin segak dan disamakan wajahnya dengan pelakon Thailand, Win Metawin.
Manakala adindanya, Raja Nazira pula kelihatan semakin cantik. Warganet terhibur melihat mimik muka yang dibuat oleh Raja Nazira itu. Dari kecil sehingga lah sekarang, mimik muka Raja Nazira sering meraih perhatian ramai. Sekarang sudah belasan tahun usia Raja Nazira, cantik sama seperti bondanya.
Jom tonton video di bawah :
@r.amsfc Sambutan Hari Kemerdekaan sorry lambat update🙌🏻#rajaazlanmuzzaffarshah #rajanazirasafya #fypシ #perakroyalfamily #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – Raja Azlan Muzzaffar Shah – Raja Azlan Muzzaffar Shah
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Raja Nazira dengan mimik muka dia tu tak boleh hilang.. Comel sangat. Selain pahang, perak royal family jugak yg ditunggu2. Raja Nazira cantik sangat.. ”
” Alhamdulillah berkesempatan tengok secara depan-depan walaupun jauh. segak nya Raja Azlan. Cantik nya Raja Nazira.. ”
” Baru nampak muka Raja Nazira, makin besar makin cantik. Raja Azlan muka sebijik macam pelakon Thailand yg hensem gila tu, Win Metawin.. tapi memang cantik dan hansome 2 anak raja ni.. ”
” Cantik yer Raja Nazira. Dah dewasa nanti mesti tambah² cantik. tak sabar nak tunggu raja nazira besar.. ”
” Raja Nazira macam muka ayahandanya, raja azlan macam muka bondanya. Tinggi betul prince ni.. macam artis korea uiii.. ”
” Wei besar dah diaorang.. Nampak pun raja nazira, dah besar puteri ni. Lawanya, handsome dan cantik dua beradik ni.. ”
” Lama tak nampak dua beradik ni. Muka raja nazira tu dari kecil sampai ke besar suka betul buat mimik muka. Lawanya lah putera dan puteri perak ni.. ”
Akhirnya dapat juga warganet melihat wajah terkini Raja Azlan dan Raja Nazira. Bukan selalu wajah putera dan puteri ini dikongsikan pada media seperti ini. Kedua-duanya makin kacak dan cantik. Semoga Raja Azlan dan Raja Nazira sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dunia akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok r.amsfc, ig perakdiraja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra