Artis / Selebriti
” Lain macam dengaq tu Bamtah. Awat teruk sangat bunyi utara tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin Belajar Cakap Loghat Utara Dengan Una Dan Icha Pak Mat Western Buat Warganet Terhibur. Adui, Awat Pelik Sangat Bunyi Tu Bamtah. Bak Kapsyen Pak Mat, Menyirap Dengar Fattah Cakap Utara, Haha !!
Pertama kali live bersama team Pak Mat Western, Fattah Amin boleh menarik nafas lega kerana jualan mereka mencapai target. Malah sesi live Fattah bersama Una dan Icha menghiburkan semua viewers dengan telatah lucu mereka bertiga yang mencuit hati.
Meninjau entry di akaun Tiktok Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah sedang belajar untuk bercakap dalam loghat utara ketika live berlangsung. Kedengaran sebutan Fattah agak pelik dan berbeza dengan apa yang Una dan Icha sebutkan.
Habis semua perkataan diubah hujungnya supaya kedengaran seperti bahasa utara dan ini membuatkan Una tergelak mendengarnya. Boleh tahan lawak juga Fattah ini, menambahkan lagi keceriaan suasana. Bak kapsyen Pak Mat Western, menyirap mendengar Fattah cakap utara.

Orang utara pun boleh menangis mendengar sebutan Fattah itu. Lagi pekat utaranya daripada orang utara yang sebenar. Banyak betul ajaran Una yang Fattah belajar dan ianya menghiburkan semua. Apa-apa sahaja lah Fattah, asalkan semua boleh memahami apa yang Fattah maksudkan.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@pakmatwesterncafee Menyirap dengar Fattah cakap utara 😂 #fyp #foryou #foryoupage
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha kelakar lah Fattah cakap utara. Aku baru tahu Fattah Amin ni kelakar. Eloklah tu Una mengajaq yang bukan-bukan.. lingkup Fattah jumpa Una.. “
” Hahah random betul Fattah ni.. Rosak loghat Penang kena dekat Fattah.. Teruk aiih loghat penang oii.. “
” Awat teruk sangat eh depan dok cakap penang tu haha.. Lawak sungguh Fattah Una ni, memang live terbaik. Una pun ajar bukan-bukan, boleh rosak si Fattah ni haha.. “
” Maaf bang Fattah, kami orang Penang pun tak faham apa bang Fattah cuba sampaikan haha.. pelik betul bunyinya tu. Cukup Fattah cukup haha.. “
” Lain maciam dengaq tu bamtah haha.. Awat terukk sangat bunyi utara tu.. Hangpa buli fattah sungguh naa, haha.. “
” Ya rabbi Fattah, rosak loghat utara Fattah. aku tak boleh tahan lah dengar dia suka-suka tukar perkataan jadi loghat utara tu haha.. “
” Rosak bahasa lagu ni.. Lawak la dengar Fattah cakap. ni lagi utara dari orang utara. habis semua perkataan dia tukar haha.. aku yang nk terbahak ketawa dengar.. “
Sporting sungguh Fattah sepanjang live bersama Una dan Icha. Nampak macam pemalu, tetapi ada sisi kelakar dalam diri Fattah yang sebelum ini orang tidak nampak Semoga rezeki Fattah semakin melimpah ruah dan dipermudahkan segala perancangan untuk masa depan yang lebih cerah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

