Artis / Selebriti
” Lain macam barber ni, segala corner baring ada. Dia buat macam roti canai tau, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein menunjukkan bakat menggunting rambut suaminya, Cikgu Azlan buat ramai terhibur. Fuh macam-macam gaya keluar, dah macam tebar roti canai pun ada. Muka redha Cikgu Azlan tu kelakar betul, haha..
Kebahagiaan pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein atau mesra dengan sapaan Kak Lina Kepom bersama suaminya, Cikgu Azlan disenangi ramai. Karakter Kak Lina lucu dan selalu ‘masuk air’, manakala Cikgu Azlan pula suka memanjakan Kak Lina membuatkan mereka kelihatan romantis bersama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina menjalankan operasi menggunting rambut Cikgu Azlan. Tidak perlu lagi ke kedai gunting, Kak Lina sendiri ada bakat menggunting rambut.
Sudah namanya Kak Lina, gaya kelakarnya dari awal sehingga ke akhir video mencuit hati warganet. Bak komen warganet, tangan dan mulut Kak Lina seiring berjalan. Entah apa lah yang dibebelkan oleh Kak Lina dan Cikgu Azlan diam sahaja mendengar celoteh isteri tercinta.

Warganet juga memuji sikap Cikgu Azlan yang melayani sahaja kerenah Kak Lina. Muka pasrah Cikgu Azlan apabila banyak rambut melekat di wajahnya juga menggeletek hati warganet. Cikgu Azlan sangat memudahkan kerja Kak Lina dan menghargai usaha isterinya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bagusnyaaa husband kak lina. berserah dan bertawakal. muka memang pasrah dan redha betul cikgu eh.. betul betul suami percaya isteri ya.. “
” Muka tu macam “puas hati aku dapat potong rambut hubby aku’, haha.. masa cukur risau…. nampak mcm selamba je… tapi end result dia smart rambut tu.. “
” Lepas ni barber dah x boleh cari makan LA kak Lina.. hahahah… lain macam barber ni, segala corner baring ada nak siapkan gunting rambut tu.. hasil dia memang wow.. “
” Dia buat macam roti canai tau haha.. tangan dan muka seiring ke camner ek haha.. ingatkan tak jadi, pergh outcome dia macam kedai mamak ooo.. risau pulak terjolok lubang hidung gunting tu haha.. “
” Multitalented lah kak lina ni.. cikgu muka redho betul erk haha.. ingatkan kak lina nak main tebar roti canai mula-mula tadi.. Lina Pompom barbershop letops gituww.. “
” Macam macam gaya eh dulu sebelum nak guntng haha.. Jinak btul, mudahkan barber.. jangan dikemam bibir tu kakkk.. geram nampak benorrrrrr haha.. “
” Cikgu pasrah jer serah dr… memula tgk cam seram…. tp torrrrr baikkk kak iamellymazlein …. ramai tunggu turn package rambut,misai n janggut tue.. “
Hebat Kak Lina, isteri yang multi-talented dan berbakat dalam banyak bidang. Beruntung Cikgu Azlan ada tukang gunting peribadi seperti ini, jimat belanja. Hasil guntingan Kak Lina pun boleh tahan, ada style dan kemas. Semoga berbahagia selalu Kak Lina dan Cikgu Azlan sampai syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


