Connect with us

Artis / Selebriti

” Lah nangis pulak aku. Sedih lah bapak ni bila cakap dari hati.. ” – Komen Netizen

Video luahan hati Dato’ Aliff Syukri untuk anak sulungnya, Ammar Ahyan buat ramai yang sebak. Sedihnya ayat Papa ni, Amayan pun nampak menahan sebak..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment menyentuh hati ketika Dato’ Aliff, Datin Shahida dan anak sulung mereka, Ammar Ahyan hadir ke konti Era Sarawak sebagai tetamu jemputan.

Dato’ Aliff meluahkan rasa hatinya terhadap Ammar. Memandangkan Ammar adalah anak sulung, tinggi dan besar harapan yang Dato’ Aliff letakkan pada anak sulungnya ini. Dato’ Aliff menyedari Ammar sangat introvert dan beliau perlu melakukan sesuatu supaya Ammar lebih bersiap untuk menjadi pengganti dirinya apabila dia tiada nanti.

Dato’ Aliff mahu Ammar menjadi ketua keluarga dan usahawan yang berjaya melebihi dirinya sekarang. Sebak hati warganet mendengar ucapan Dato’ Aliff itu. Ammar pula mendengar dengan teliti setiap tutur kata yang keluar dari mulut abahnya itu.

Dato’ Aliff juga memohon kemaafan daripada Ammar seandainya sering memarahi Ammar. Sebagai anak yang baik, Ammar memahami tindakan abah dan mamanya itu dan mengatakan semuanya adalah untuk kebaikan dirinya. Orang kaya yang tetap menerapkan adab dalam diri anak-anak, terbaik Dato’ Aliff.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Sayang nya kedua ibubapa pada anaknya dato datin bagus dlm didikan anak2 menjadikan mereka lebih berani dan kuat untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.. “

” Walaupun ammar jawap mcm xde perasan.. mata acik tetap berlinang tengok video ni.. semoga menjadi anak kebanggaan abah & mama.. besar tanggungjawap anak sulung ni.. “

” Cantiknya aturan Allah SWT…. wlupun Dato’ aliffsyukriterlajaklaris seorang ayah yg lincah, lbh terbuka dlm gaya & kata2…tapi anaknya Ammar punya watak disebalik nya. Perwatakan mereka saling melengkapi sebenarnya.. “

” Alamak, mata masuk habuk tgk video nie. nampak amayan pun menahan sebak dengar luahan hati abahnya tu.. Alhamdulillah.. Amayan anak yg bijak, taat setia kepada orang tuanya.. didikan yang baik dari dato dan datin.. “

” Masyaallah… sejuk mate tgok Ammar Ahyan ni… walau dia introvert.. dia ank yg soleh.. sgt matang seorang Ammar Ahyan ni…. moga terus berjaya dunia dan akhirat.. “

” Sedih pula dalam jem … datuk menyedarkan saya tentang kasih sayang. sebaknya masa cium tu.. amayan sebak, dia tahu abah dia macam mana.. “

” Lah nangis pulak aku.. love touch yg di tunjukkan Dato alif mmg berkesan utk membina akhlak yg baik. Touching saya.. salute dgn cara Dato didik anak.. Sedih lah bapak2 ni bila ckp drpd hati. Walaupun mcm mne AS ni. Dia tetap seorang yg ayah yg terbaikkk.. “

Luahan hati yang ikhlas daripada seorang ayah untuk anak sulung yang diharapkan untuk menjadi pengganti dan ketua keluarga suatu hari nanti. Didikan dan asuhan Dato’ Aliff dan Datin Shahida untuk Ammar terbaik dan Ammar sememangnya anak yang berbudi pekerti dan penuh dengan adab sopan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliffsyukriterlajaklaris, Tiktok Erasarawak  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak