Artis / Selebriti
” Laaa, dia layan sungguh noo.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Berjoget Ketika Menonton Lagu Nyanyian Ibunya Di Kaca TV. Amboi Memang Layan Sungguh Dengar Lagu Ibu. Sedap Sangat Yer Afwa !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, sebuah video anak kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa sedang menari telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi Instastory Dato’ Seri Siti.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Afwa sedang menonton televisyen yang menayangkan ibunya sedang membuat persembahan. Afwa dilihat sangat suka melihat ibunya menyanyi sambil dia juga turut menyanyi.
Pada mulanya, Dato’ Seri Siti menyangkakan Afwa hanya sekadar bermain tetapi dilihat Afwa tetap tidak berhenti menari ke sana ke mari mengikut rentak lagu. Dapat didengari suara Dato’ Seri Siti yang turut sama tergelak melihat gelagat anaknya itu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 100 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Amboi, Afwa nampak bertenaga dan aktif sungguh. Tak penat ke Afwa menari dan berlari ke sana ke mari tu. Dah boleh jadi backup dancer ibu klau macam ini.
Jom tonton video di bawah :
Sekadar info, Afwa dilahirkan pada 19 April yang mana tarikh lahirnya lebih kurang sama dengan dengan lahir kakaknya, Siti Aafiyah iaitu pada 19 Mac. Apa yang membezakan ialah tahun lahir dan juga bulan kelahiran.

Semakin Afwa membesar semakin bermacam ragam dan gelagat Afwa yang menghiburkan. Afwa juga sekarang semakin rajin tersenyum. Semoga Muhammad Afwa membesar menjadi anak yang baik serta berjaya di dunia dan juga di akh1rat. amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Srikandi79, Muhammad Afwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

